Peruntukan Pembangkang: Kerajaan Mendiskriminasi Pembangkang

peruntukan pembangkang

BANGI – Polemik mengenai peruntukan untuk pembangkang masih lagi hangat diperkatakan hingga dibahaskan di Parlimen semalam. Pihak pembangkang telah mempersoalkan komitmen dan janji kerajaan untuk memberikan peruntukan sama rata kepada pihak pembangkang.

Sebelum ini juga pun beberapa minggu yang lepas Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadilah Yusof enggan mengulas lanjut mengenai peruntukan kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang. Fadillah pada April lalu dilapor memaklumkan, draf Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan penyaluran peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang sedang dimuktamadkan.

Isu di sini mungkin boleh dilihat melalui tindakan kerajaan yang ingin memberikan peruntukan pembangkang sebanyak RM100,000 sahaja. Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman berkata kenyataan Ahmad itu yang juga Ahli Parlimen Pontian dilihat sebagai politik balas dendam dan tidak mengambil kira keperluan rakyat.

Menurut bekas menteri belia dan sukan itu, kerajaan Anwar Ibrahim sepatutnya memberikan layanan sama rata kepada pembangkang seperti pentadbiran Ismail Sabri Yaakob dan Kerajaan Johor pimpinan Onn Hafiz Ghazi ketika ini.

Pemuda BERJASA, Isma Aiman berkata kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Harapan – Barisan Nasional (PH-BN) telah memungkiri janji mereka yang kononnya ingin memberikan peruntukan sama rata kepada pihak pembangkang jika diangkat menjadi kerajaan.

Hal ini dapat dilihat melalui janji mereka untuk menyediakan Dana Pembangunan Kawasan Pilihan Raya (CDF) sama rata kepada semua wakil rakyat parlimen tanpa mengira parti kerana mewakili kepentingan rakyat di kawasan itu. Peruntukan dana juga seperti yang dijanjikan akan disalurkan melalui Parlimen dan bukannya Pejabat Perdana Menteri (PMO).

“Namun janji itu hanya janji kosong sahaja seperti mana sikap Anwar Ibrahim yang bermuka-muka di dalam politik. Pendirian Perdana Menteri pada tahun lepas juga enggan menyalurkan peruntukan pada ahli parlimen yang suka cerca-mencerca dan memaki kerajaan. Ini yang berlaku walaupun Perdana Menteri pernah menyatakan prinsipnya di mana perlunya peruntukan diberi sama rata ke seluruh Parlimen pembangkang”.

“Kini, situasi yang berlaku sangat berbeza malah tidak diberi penjelasan sehingga sekarang. Dr Fadilah juga selaku Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memberikan jawapan yang luar dari professionalisme apabila diminta ulasan mengenai perkara ini. Ahli-Ahli pembangkang juga tertanya-tanya apakah hasil dan tindakan sebenar dari draf MOU yang sedang diusahakan itu?”, tegas beliau.

Beliau berpandangan isu ini perlu dijelaskan dan diselesaikan segera oleh kerajaan kerana ia melibatkan hak dan kebajikan rakyat di negeri-negeri bawah pentadbiran pembangkang.

Beliau juga bersetuju audit terhadap kerajaan persekutuan dan negeri susulan perlu dilakukan akibat kegagalan kerajaan menyalurkan peruntukan kepada Ahli Parlimen dan Adun terlibat seperti yang disuarakan oleh anggota PN, Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh).

“Diskriminasi & ‘penganiayaan’ ini hakikatnya bukanlah berlaku secara terus kepada ahli pembangkang tetapi rakyat yang berada di bawah pentadbiran mereka khususnya. Kerajaan diseru berhenti mengamalkan politik kotor sesama rakan-rakan ahli Parlimen yang akhirnya memberi bebanan kepada rakyat”, jelas beliau.

Terdahulu, wakil pembangkang iaitu Syed Syaddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) dan Datuk Hjai Awang bin Hashim (PN-Pendang) masing-masing membangkitkan perbahasan mengenai peruntukan pembangkang yang belum diterima lagi oleh mereka.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
rafizi

Formula Tidak Menjadi, Rafizi Sibuk Pula Meninggi Diri

Next Post
kedai judi

Keputusan Haramkan Kedai Judi Dibatalkan Mahkamah Di Kedah

Related Posts