Keputusan Haramkan Kedai Judi Dibatalkan Mahkamah Di Kedah

kedai judi

ALOR SETAR Mahkamah Tinggi Alor Setar telah memutuskan untuk membatalkan keputusan kerajaan Kedah daripada mengharamkan kedai judi di negeri itu. Ini susulan Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 20 Jun memberikan kebenaran beberapa kedai judi untuk mencabar keputusan pentadbiran Kedah.

Bagaimanapun, kerajaan Kedah telah memfailkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan itu, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

SM Lottery Sdn Bhd yang merupakan salah satu pemohon semakan keputusan kerajaan negeri Kedah mengatakan bahawa keputusan kerajaan negeri adalah tidak sah, tidak rasional dan melanggar perlembagaan.

Kedai judi itu mendakwa keputusan pentadbiran Kedah gagal mengambil kira komposisi pelbagai etnik rakyat negeri itu.

Apabila menyebut soal komposisi pelbagai etnik rakyat Kedah, bancian penduduk Malaysia menunjukkan majoriti penduduk di negeri Kedah adalah beragama Islam iaitu sebanyak 78.5 peratus daripada jumlah penduduk. Dalam komposisi agama pula, rakyat Kedah majoritinya terdiri daripada kaum Bumiputera iaitu sebanyak 80.1 peratus manakala kaum Cina dan India mewakili 12.3 peratus dan 6.3 peratus sahaja.

Keputusan kerajaan Kedah untuk mengharamkan operasi kedai judi di negeri itu amat sesuai untuk dilaksanakan jika melihat kepada kesesuaian di sesebuah kawasan itu yang majoritinya beragama Islam. Islam melarang penganutnya untuk bermain judi yang dilihat mampu merosakkan institusi kemasyarakatan dan kekeluargaan.

Dalam laporan Sinar Harian pada Mei 2023, hampir 60 peratus masalah keganasan rumah tangga dikesan akibat pasangan terlibat dalam perjudian.

Ada juga kes yang diterima membabitkan pelaku sanggup memajak rumah selain membuat pinjaman along hingga ribuan ringgit.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Klang, Datuk Tan Bok Koon berkata, berdasarkan aduan yang dibuat oleh mangsa, ketagihan berjudi mengakibatkan seseorang itu sanggup mengambil apa sahaja langkah bagi memastikan keinginan untuk berjudi tercapai.

Oleh hal yang demikian, amat menghairankan apabila terdapat pihak yang memainkan sentimen politik dalam isu ini kononnya kerajaan yang memerintah Kedah iaitu PAS tidak menghormati kaum lain sedangkan judi itu membawa lebih banyak mudaratnya berbanding kebaikan.

Kebarangkalian kesilapan kerajaan Kedah ialah terlepas pandang pada peruntukan Perkara 74 dan 75 Perlembagaan Persekutuan hanya memberi kuasa kepada kerajaan persekutuan untuk menggubal undang-undang dan peraturan mengenai perjudian.

Sebolehnya kerajaan Kedah membawa usul untuk menutup operasi perjudian di negeri mereka kepada kerajaan persekutuan sebelum mengambil tindakan yang selanjutnya.

Jika kerajaan persekutuan tidak mampu berbuat apa-apa dalam isu ini, ini seakan mengiyakan teori terdahulu yang mengatakan wujudnya pemberian dana oleh tauke judi kepada ahli-ahli politik di negara kita.

Terdahulu pada 14 Nov 2022, Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan kerajaan Kedah tidak lagi meluluskan lesen judi, selain mengehadkan penjualan arak di semua premis terutama di kawasan luar bandar di negeri ini.

Dia berkata langkah itu bertujuan menangani gejala sosial yang berpunca daripada perjudian, seperti keruntuhan institusi keluarga.

Pada 1 Jan tahun lepas, keputusan itu berkuat kuasa menyebabkan semua premis perjudian dan loteri tidak lagi dibenarkan beroperasi di Kedah.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
peruntukan pembangkang

Peruntukan Pembangkang: Kerajaan Mendiskriminasi Pembangkang

Next Post
UMNO

UMNO Mesti Tarik Sokongan Sebelum Terlambat

Related Posts