Berapa Banyak Lagi Harimau Malaya Perlu Dikorbankan & Pupus?

harimau malaya

Harimau Malaya yang merupakan haiwan kebanggaan bagi Malaysia semakin berkurang bilangan populasinya dek kerakusan tangan manusia itu sendiri.

Lebih menyedihkan untuk nasib harimau Malaya ini apabila terbaharu telah tular video seekor harimau belang dirempuh oleh lori sehingga bangkai haiwan itu hancur hanya tinggal kepala dan sedikit bahagian kaki.

Kejadian memilukan itu didapati berlaku di Kilometer 67.1, Jalan Raya Timur Barat berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa.

Hal ini telah menjadikan ia sebagai harimau Malaya keempat yang maut tahun ini yang sebelum ini pada Mei lalu, seekor harimau dewasa ditemui mati di tepi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Lentang du Bentong, Pahang dipercayai digilis kenderaan.

Pada Jun lalu, Perhilitan Kelantan mengesahkan menerima laporan bangkai harimau yang ditemui terapung di sungai di Kuala Krai, Kelantan.

Pada Julai pula seekor harimau ditemui mati selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer (KM) 314 di laluan arah utara Lebuhraya Utara-Selatan di Tapah, Perak.

Hal ini telah menimbulkan persoalan berapa banyak lagi harimau Malaya ini perlu terkorban dan pupus di kala populasinya semakin sedikit.

Harimau Malaya Diancam Kepupusan Namun Kurang Tindakan Agresif Untuk Melindunginya

Survei populasi oleh Jabatan PERHILITAN, WWF, WCS dan RIMBA menganggarkan jumlah harimau Malaya adalah antara 250 hingga 340 ekor sahaja pada tahun 2014.

Sekarang sudah pun memasuki tahun 2024 iaitu 10 tahun selepas survei itu diadakan dan pastinya jumlah mereka ini semakin berkurangan.

Kerajaan sepatutnya mengambil langkah serius untuk melindungi populasi harimau Malaya ini memandangkan haiwan ini telah sekian lama diangkat sebagai simbol keberanian di Malaysia.

Malaysia dengan bangganya menggunakan gambar haiwan ini di jata negara namun sebarang langkah melindungi haiwan ini secara serius perlu diambil langkah secara konsisten oleh kerajaan.

Penubuhan Malayan Tiger Convention Centre (MTCC) di Lanchang pada 2019 dan mewujudkan program pembiakan (captive breeding) harimau Malaya dilihat sebagai satu langkah yang terpuji namun perlu adanya langkah agresif lagi untuk melindungi haiwan ini.

Rakyat Malaysia semestinya tidak mahu langkah-langkah yang diambil ini hanya sekadar cukup syarat sahaja bagi menampakkan wujud usaha melindungi haiwan ini.

Memandangkan laluan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) akan dilebarkan mulai Januari 2025, kerajaan boleh menyarankan pihak konsensi untuk membina laluan terowong di bawah lebuh raya untuk hidupan liar melintas jalan.

Kaedah ini sudah pun dibuat oleh negara-negara Eropah untuk lebuhraya mereka bagi memastikan tiada insiden perlanggaran hidupan liar di atas lebuhraya.

Dunia sudah pun akan memasuki tahun 2025 maka mustahil untuk pihak konsensi lebuhraya tidak cakna soal kelestarian alam sekitar.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
industri nadir bumi

Sekian Lama Didominasi China Dan Australia, Kini Malaysia Bakal Memacu Industri Nadir Bumi

Next Post
harga barang naik

Kerajaan Akui Punca Harga Barang Naik Disebabkan Cukai Naik

Related Posts