Apa Nasib Peruntukan Ahli Parlimen Pembangkang?

peruntukan ahli parlimen pembangkang

KUALA LUMPUR – Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan akan mengadakan mesyuarat petang ini, bagi membincangkan isu pengagihan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang. Hal ini selaras dengan janji kerajaan untuk memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang seperti yang dituntut oleh mereka namun jumlah peruntukan itu masih belum lagi ditetapkan.

Difahamkan, mesyuarat itu akan berlangsung pada pukul 5.30 petang ini yang akan di pengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana.

Ia akan turut disertai oleh semua pimpinan tertinggi Kerajaan Perpaduan.

Kerajaan hari ini sepertinya melalui cabaran yang sangat sukar untuk memenuhi kehendak dan tuntutan dari pembangkang oleh kerana ekonomi negara yang dikatakan turut terkesan akibat konflik geopolitik Asia Barat yang sedang berlaku. Pandangan ini juga disuarakan oleh Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia, Profesor Madya Dr Mohd Azmir Mohd Nizah yang merasakan kemungkinan untuk kerajaan terpaksa menunda penawaran MoU (perjanjian persefahaman) agihan peruntukan ahli Parlimen pembangkang bagi memberi keutamaan terhadap keperluan menstabilkan ekonomi negara.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, tuntutan peruntukan oleh wakil rakyat pembangkang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada Rabu ini.

Katanya, ini susulan pertemuan beliau dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Parlimen pada 19 Mac lalu.

Sebelum ini juga, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dalam satu kenyataan mengkritik kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sehingga hari ini MP Perikatan Nasional (PN) dinafikan peruntukan sejak terbentuk kerajaan sehingga menyebabkan empat wakil rakyat blok pembangkang terpaksa menyokong kerajaan.

Katanya, atas sebab itu beberapa Ahli Parlimen seperti MP Kuala Kangsar, Labuan,  Gua Musang, dan Jeli mengisytiharkan sokongan kepada kepemimpinan Anwar dan Kerajaan Persekutuan atas alasan keperluan mendapatkan peruntukan di kawasan mereka.

SUMBER – Kosmo!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
nga kor ming

Nga Kor Ming Tuduh Pemboikot Israel Sebagai ‘Penghasut’

Next Post
sumber mineral

BERJASA Syor Tubuh Syarikat Pengurusan Sumber Mineral

Related Posts