Pakatan Harapan Sudah Lupa Dengan Unsur Kronisme

pakatan harapan

GOMBAK – Dakwaan berlakunya unsur kronisme melibatkan pemberian secara terus kepada Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobiliti) di mana Ketua Pegawai Eksekutifnya Ramachandran Muniandy, suami kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh semakin mendapat perhatian ramai. Ramai pihak mempersoalkan mengenai isu ini kerana dahulunya pimpinan di dalam Pakatan Harapan (PH) sendiri membidas mana-mana ahli politik atau keluarga mereka yang mendapat projek berkaitan kerajaan dengan dakwaan kronisme.

Anwar Ibrahim dahulunya seorang yang lantang menolak segala unsur kronisme dan nepotisme dan kini isu yang melibatkan dakwaan kronisme terhadap rakan politiknya terus diam membisu. Hannah Yeoh pula apabila isu ini melibatkan suaminya terus diam membisu seolah-olah tiada apa berlaku.

Dahulu sewaktu pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) Hannah Yeoh yang lantang menuduh kerajaan waktu itu mengamalkan kronisme namun kini berlagak ‘suci’ apabila terkena pada dirinya sendiri.

Pemuda BERJASA, Isma Aiman berkata isu ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan Pakatan Harapan dikenali sebagai pihak yang menolak unsur kronisme. Beberapa siri demonstrasi atau ceramah politik pun banyak berkisarkan soal salah laku ini.

“Persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan negeri Selangor juga adalah mengapa hanya terdapat dua buah syarikat sahaja yang membida untuk projek tersebut dan bagaimanakah pemberian projek itu diberikan kepada Asia Mobiliti milik suami Hannah Yeoh”.

“Perkara ini perlu dijawab kerana selalunya sesebuah syarikat yang dilantik akan dilakukan “due diligence” bagi memastikan tiada risiko yang ada dalam operasi. Dalam kes ini, risiko politik yang terdedah. Hal ini penting kerana jika berlaku pergolakan politik, operasi juga akan terjejas”.

“Ianya mencurigakan dan membahayakan kerana isu berlaku di sini antara menandakan ada keculasan dalam menjalankan tugas melibatkan timbang taruh rakyat, ada pihak atasan yang mengacau urusan rasmi atas alasan politik ataupun kepentingan sendiri seperti rasuah ataupun kuasa”, tegas beliau.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata pihaknya sedia untuk mendedahkan perincian berhubung pelantikan Asia Mobiliti bagi projek tersebut.

Sebelum itu pula, Exco Selangor Ng Sze Han berkata syarikat-syarikat yang terlibat dalam projek itu dipilih melalui proses Request for Proposal (Permintaan untuk Cadangan) bukannya melalui tender.

Satu dapatan yang menarik diperoleh oleh Gelombang BERJASA juga menunjukkan Ramachandran Muniandy mempunyai kedudukan yang penting di dalam Selangkah Selangor, sebuah syarikat yang memperkenalkan aplikasi SELANGKAH untuk pelbagai perkhidmatan kesihatan untuk rakyatnya hasil inisiatif kerajaan negeri Selangor.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
MAHB

BERJASA Bantah Saham MAHB, Aset Strategik Negara Dimiliki BlackRock

Next Post
china melaka

Mengapa Kerajaan Negeri Melaka Lantik Pelakon China Yang Seleweng Cukai Sebagai Duta pelancongan?

Related Posts