BERSIH Dan Hipokrasi Kerajaan

Hari ini telah berlangsungnya satu perarakan ke Parlimen yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) bagi mendesak kerajaan melaksanakan reformasi yang dijanjikan. Seperti yang diciapkan oleh BERSIH di dalam aplikasi X, BERSIH menegaskan demonstrasi itu adalah tindakan pertama mereka untuk menuntut #Reformasi100Peratus ekoran kekecewaan mereka terhadap sikap kerajaan yang menepikan agenda reformasi.

Mereka menetapkan orang ramai yang ingin menyertai demonstrasi pada hari ini untuk memakai pakaian yang berwarna kuning atau hitam. Perarakan ini akan bermula di Tugu Negara pada jam 8 pagi dan bergerak terus ke Parlimen.

Tidak seperti kebiasaan perarakan BERSIH sebelum ini, bilangan peserta yang menyertai mereka hanya seramai 50 orang sahaja. Kehambaran ini dapat dilihat secara jelas dalam video perarakan mereka yang hanya kedengaran suara sahutan yang sepi sahaja. Berbeza dengan perarakan mereka sebelum ini yang berjaya menghimpunkan ribuan orang sehingga mampu bertindak berani ‘berlawan’ dengan pihak polis terutamanya FRU.

Ini jelas menunjukkan pihak kerajaan iaitu PH tidak serius untuk membawa agenda reformasi terutamanya dalam melibatkan salah laku ahli politik. Dahulu sewaktu menjadi pembangkang di dalam perhimpunan BERSIH mereka dengan lancang melaungkan ancaman untuk menghukum politikus yang terlibat dalam skandal rasuah. Waktu itu sorakan peserta yang berhimpun amat kuat dengan harapan mereka mampu menjadi kerajaan dan mengotakan janji itu.

Namun akhirnya peserta himpunan BERSIH telah ditipu dan sebahagian penyokong tegar PH masih ingin menegakkan benang yang basah. Dahulu cakap lain sekarang mereka sedaya upaya menutup aib kerajaan dengan pelbagai hujah songsang.

Kini BERSIH hanya tinggal pada nama sahaja kerana sebahagian teman mereka waktu dahulu sudah tidak berani bersuara lagi akibat bahana mendapat jawatan di dalam kerajaan. Penyokong PH sekarang yang dahulunya pernah berhimpun di perarakan BERSIH mesti malu alah untuk terus menyokong kerajaan.

Jelas kerajaan dan sebahagian penyokong PH adalah hipokrit dan hanya mengimpikan jawatan serta kedudukan sahaja.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kilang Pemprosesan Nadir Bumi: Keutamaan Kritikal Negara Dalam Pembangunan Teknologi Hijau

Next Post

Skim Perubatan MADANI: Mana Janji Untuk Seluruh Negara?

Related Posts