Ahli Politik DAP Gesa Hormati Parti Liar Yang Tidak Patuh Syariah

parti liar

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng membidas kerajaan negeri Terengganu yang mengenakan denda sebanyak RM25,000 terhadap sebuah resort penginapan di Pulau Lang Tengah yang menganjurkan parti liar yang tidak patuh syariah. Beliau berkata tindakan tersebut akan menjejaskan imej pelancongan negara.

Beliau juga mendakwa rakyat Malaysia berhak untuk menganjurkan parti hiburan tanpa adanya kawalan dan hukuman yang menanti kerana melihat tiada keperluan untuk kerajaan negeri masuk campur dalam urusan tersebut.

“Tindakan dendaan adalah satu tendangan kepada industri yang sangat memerlukan sokongan dan bukannya dendaan,” ujar Lip Eng.

Susulan itu, beliau menggesa agar kerajaan negeri membatalkan dendaan itu dan menggunakan pendekatan yang lebih waras untuk menyokong industri pelancongan negeri.

Amaran yang diberikan oleh beliau ini menampakkan beliau gemar untuk memasuki campur urusan penguatkuasaan negeri lain. Beliau sepatutnya jelas bahawa parti liar itu dianjurkan tanpa adanya permit yang sah.

Bukan itu sahaja malahan parti liar sebegitu dilihat langsung tidak mencerminkan identiti ataupun imej pelancongan Terengganu yang lebih menonjolkan alam sekitar dan budaya ketimuran masyarakat Malaysia khususnya Melayu.

Sebagai seorang ahli politik, beliau sepatutnya bersikap lebih sensitif terhadap kebudayaan negeri yang mempunyai budayanya tersendiri. Jelas budaya berhibur secara liar tidak semuanya sesuai dilaksanakan di Malaysia malahan sepatutnya dicegah daripada terus dianjurkan di negeri-negeri lain.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
anwar ibrahim

Anwar Ibrahim Minta Semua Pihak Hormati Sekolah Vernakular

Next Post
budi madani

Sudah Isi PADU, Mengapa Perlu Isi Budi Madani Pula?

Related Posts