Mengapa Kerajaan Negeri Melaka Lantik Pelakon China Yang Seleweng Cukai Sebagai Duta pelancongan?

china melaka

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf baru-baru ini telah melantik Fan Bingbing sebagai Duta Pelancongan Melaka bersempena dengan Tahun Melawat Melaka 2024. Pelantikan Fan Bingbing ini dilihat sebagai satu strategi untuk merancakkan lagi promosi pelancongan Melaka kepada rakyat China.

Fan Bingbing merupakan seorang pelakon China yang pernah mencatatkan sebagai pelakon yang dibayar dengan harga yang tinggi. Namun demikian, carian terbaru menunjukkan beliau mempunyai kes penyelewengan cukai dan telah didenda oleh kerajaan China atas kesalah beliau itu dengan jumlah denda sebanyak 883 juta yuan bersamaan dengan $98 juta – $129 juta.

Yang di-Pertua BERJASA Alor Gajah, Muhammad Nazriq mempersoalkan mengenai pelantikan aktres China yang bermasalah itu dan menganggap ia sebagai satu pembaziran oleh kerajaan negeri Melaka untuk melantik beliau.

Beliau menegaskan secara logiknya bagaimana untuk Fan Bingbing mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan di sana sedangkan beliau berhadapan dengan hukuman daripada kerajaan China. Bukan itu sahaja malahan beliau juga sudah lama menghilangkan diri daripada industri hiburan China sejak Julai 2018 lagi.

“Adakah kerajaan negeri Melaka tidak cakna dengan isu ini sebelum melantik seseorang sebagai duta pelancongan Melaka? Melantik seseorang sebagai duta yang mempunyai status yang tinggi daripada luar negara memerlukan bayaran yang tinggi maka di sini kerajaan negeri Melaka telah membuat pembaziran yang begitu besar”.

“Apabila seseorang yang berhadapan dengan kesalahan penyelewengan cukai di negaranya, adakah anda mengharapkan untuk beliau dapat mempromosikan destinasi pelancongan Melaka dengan baik? Perkara ini perlu dijawab dengan jujur oleh Ketua Menteri Melaka kerana ini melibatkan duit rakyat untuk membayar beliau sebagai duta pelancongan”, tegas beliau.

Dakwaan dan persoalan yang ditimbulan oleh Muhammad Nazriq ada asasnya kerana rata-rata komen yang ditinggalkan oleh pengguna media sosial China tentang kesalahan beliau ini negatif. Ada pihak yang mempersoalkan beliau tidak sepatutnya kembali ke China dan menggesa untuk semua rakyat China tidak memberikan perhatian lagi kepada beliau dalam industri hiburan China.

Jelas ini menunjukkan bahawa populariti Fan Bingbing di China sudah redup dan menjadi satu kesilapan untuk kerajaan negeri Melaka melantik beliau sebagai duta pelancongan China.

Selain daripada pelantikan Fan Bingbing, kerajaan negeri Melaka sebelum ini juga edang berunding untuk menjadikan kapal layar tradisional China terbesar di dunia ‘Fu Ning’ sebagai tarikan utama pada Sambutan Ulang Tahun Diplomatik ke-50 Malaysia-China akan datang.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, sambutan dua negara itu akan diadakan di Melaka namun ia bergantung kepada hasil perbincangan antara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Kementerian Luar Negeri.

Ini sebagai satu strategi kerajaan negeri Melaka untuk mensasarkan sejuta pelancong China hadir ke Melaka pada tahun ini.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
pakatan harapan

Pakatan Harapan Sudah Lupa Dengan Unsur Kronisme

Next Post
SMJK SMC

11 PIBG SMJK & SMC Biadab Tolak Bahasa Melayu Jadi Bahasa Pengantar Sekolah

Related Posts