Hannah Yeoh Cuba ‘Cuci tangan’ Daripada isu Baju Kontinjen Olimpik Paris 2024

olimpik paris 2024

KUALA LUMPUR – Pelancaran set kelengkapan pakaian rasmi kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 ketika Hari Olimpik Malaysia di The Exchange telah mendapat respon yang kurang menyenangkan daripada rakyat Malaysia. Mereka melihat rekaan pakaian rasmi ini tidak sesuai dengan imej Malaysia malahan mereka menempelak corak ini agak lekeh untuk dipakai di temasya gah seperti Olimpik Paris 2024.

Rata-rata pengguna media sosial khususnya Twitter memberikan respon yang negatif terhadap pelancaran pakaian rasmi itu. Mereka menuduh rekaan pakaian ini dilakukan di saat-saat akhir hingga terhasilnya rekaan yang begitu buruk.

Ada juga yang menuduh kerajaan mengeluarkan bajet yang sedikit untuk rekaan pakaian ini atas alasan berjimat-cermat seperti yang dilaungkan oleh kerajaan Madani sekarang. Apa-apa pun alasannya, mereka berpendapat tidak sepatutnya kerajaan mengenepikan kepentingan menghantar atlet ke negara ke Sukan Olimpik Paris nanti.

Akibat ketidakpuashatian itu, pengguna Twitter mula menaikkan gambar yang memaparkan rekaan pakaian yang lebih menarik berbanding rekaan asal.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pula cuba memberikan jawapan yang selamat dengan mengatakan di laman Twitternya bahawa rekaan pakaian rasmi kontinjen ini bukannya di bawah tanggungjawab Kementerian Belia dan Sukan.

Jawapan yang diberikan oleh beliau ini seakan-akan cuba “mencuci tangan” daripada isu ini sedangkan secara logiknya apa-apa urusan berkaitan program atlet, bajet mahupun set pakaian rasmi kontinjen perlu dipantau oleh kementerian beliau. Imej dan identiti yang dibawa oleh Malaysia melalui Sukan Olimpik ini sepatutnya menjadi salah satu yang dititikberatkan oleh Menteri.

Jika benar rekaan ini dihasilkan tanpa pengetahuan beliau sebagai ketua di kementerian itu, ini bermakna orang-orang bawahan beliau berani menghasilkan sesuatu kerja tanpa pantauan beliau dan ini menunjukkan beliau tidak mendapat sokongan serta kepercayaan penuh daripada pihak yang bekerja dengannya.

Ataupun beliau sendiri yang mengambil sikap sambil lewa dalam isu ini. Apapun kenyataan beliau itu tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang menteri.

Sebelum, Hannah Yeoh juga menimbulkan kontroversi atas dakwaan berlakunya unsur kronisme melibatkan pemberian secara terus kepada Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobiliti) di mana Ketua Pegawai Eksekutifnya Ramachandran Muniandy iaitu suami beliau.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
anwar ibrahim

Anwar Ibrahim Terlalu Fokuskan Pada Survival Politik Sendiri

Next Post
inflasi

Inflasi Naik 2% Pada Mei

Related Posts