Tidak Mustahil Tsunami Melayu Mampu Tumbangkan Kerajaan

Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan

Shah Alam – Pemerhatian terhadap kerajaan sekarang yang gagal menjaga kebajikan rakyat dalam isu kos sara hidup, sensitiviti agama melibatkan kalimah Allah dan kelemahan melindungi nilai mata wang Ringgit menampakkan kerajaan kini lemah dalam menguruskan negara.

Bukan itu sahaja malahan penarikan beberapa subsidi penting yang dikenakan oleh kerajaan turut menjadi perdebatan hangat oleh rakyat di media sosial dan dilihat sebagai langkah yang agak kurang popular.

Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan berkata pendirian kerajaan sekarang di mata pengundi Melayu amat lemah walaupun terdapat parti UMNO di dalam komponen kerajaan sekarang.

Bagi beliau, kekecewaan terbesar orang Melayu yang pertama adalah melihat Presiden UMNO membuat keputusan untuk bekerjasama dan membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan sehingga memberikan ruang kuasa mentadbir negara kepada DAP.

Dalam kerajaan, UMNO dilihat tidak mampu menyeimbangkan naratif yang dibawa oleh DAP dan menampakkan UMNO tidak dominan di dalam kerajaan untuk memperjuangkan hak orang Melayu.

“Jangan hairan jika orang Melayu tidak lagi mempercayai kerajaan sekarang di atas kelemahan pentadbiran mereka. Harapan pengundi untuk melihat ekonomi pulih semakin pudar dek kegagalan mereka untuk menguruskan ekonomi”.

“Bukan setakat ekonomi, isu seperti penarikan rayuan kalimah Allah juga seakan menampakkan kerajaan tidak menjaga sensitiviti umat Islam”, tegas beliau.

Beliau menambah, kebergantungan orang Melayu terhadap kerajaan kini mungkin bakal beransur-ansur beralih dan mula menyokong pihak pembangkang yang dilihat lebih kompeten untuk memperjuangkan nasib rakyat.

“Mereka akan mula hilang kepercayaan kepada kerajaan dan menyokong kita yang dilihat konsisten kepada perjuangan akan kebajikan rakyat”, kata beliau.

Tegas beliau, BERJASA sememangnya sentiasa kompeten dalam memperjuangkan nasib rakyat terutamanya orang Melayu melibatkan hak ekonomi, kedaulatan negara, bangsa dan agama.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

BERJASA Dan PN Sepakat Bincang Agenda Penyatuan Melayu

Next Post
Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan

DAP Terus Konsisten Dengan Agenda Sekularnya

Related Posts