AS Mahu Halang Duit Dari Malaysia Sampai Ke Hamas

Hamas

KUALA LUMPUR – Jabatan Penbendaharaan Amerika Syarikat (AS) telah menetapkan Malaysia sebagai negara yang berisiko besar untuk menyalurkan dana kepada Hamas di Palestin. Tindakan ini dibuat kononnya sebagai langkah tegas untuk menghalang aliran dana kepada kumpulan militan yang dirujuk kepada Hamas.

Brian Nelson, setiausaha bagi keganasan dan risikan kewangan Perbendaharaan AS berkata AS bersedia menyatakan niat untuk menggagalkan sebarang percubaan Hamas bagi mengumpul duit atau memudahkan transaksi kewangan dalam bidang kuasa Malaysia.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata kerajaan Malaysia perlu menyatakan pendirian secara jelas mengenai kenyataan Brian Nelson ini. Kenyataan Brian Nelson ini seakan ingin cuba mencampuri urusan Malaysia dalam menguruskan negara secara berdaulat.

Tegas beliau, kerajaan tidak perlu melayan sebarang tuntutan atau kerjasama daripada mana-mana ahli delegasi AS yang cuba berniat jahat untuk menggagalkan segala usaha Malaysia dalam memperjuangkan kebebasan Palestin.

Bukan itu sahaja malahan beliau berpendapat kerajaan perlu menyatakan bantahan terhadap tindakan ahli parlimen AS yang cuba mengugut dan menghalang waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Benjamin Netanyahu dan pegawainya. AS sepatutnya tiada hak mencampuri urusan milik institusi yang berdaulat terutamanya melibatkan isu Palestin-Israel kerana jelas dan nyata Netanyahu telah melakukan kekejaman dan kezaliman ke atas rakyat awam Gaza.

Nelson yang dijangka membuat lawatan ke Malaysia di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat mengenai aktiviti pembiayaan pengganas di Asia Tenggara, dengan penekanan khusus pada inisiatif pengumpulan dana dan urus niaga minyak Iran secara rahsia.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
tanah sawah

Tanah Sawah Kepada Komersial, Jejas Keselamatan Makanan Negara

Next Post
perpaduan ummah

BERJASA Konsisten Atas Agenda Perpaduan Ummah

Related Posts