Kebebasan Media Sewajarya Dipertahan, Dikotakan

HULU LANGAT – Jaminan yang diberikan oleh kerajaan mengenai kebebasan media perlu terus dipertahankan, dan kerajaan perlu menunaikan janji tersebut dalam memastikan kebebasan media di Malaysia.

Demikian menurut Muhammad Zul Fikri bin Suhaimi, Ketua Pemuda BERJASA Hulu Langat, mengenai kebebasan media yang belum mencapai tahap memuaskan, dengan Indeks Kebebasan Media Dunia 2023 menunjukkan Malaysia berada di kedudukan ke-73 dunia.

“Menyentuh mengenai tindakan sebuah platform media sosial yang menyekat kandungan pengamal media, mengenai perjuangan rakyat Palestin, kerajaan perlu memastikan platform media sosial turut mematuhi jamian yang diberikan kerajaan mengenai kebebasan media,” ujarnya.

Respon yang diberikan oleh beliau ini susulan tindakan aplikasi media sosial Tik Tok yang menurunkan video isu Gaza di akaun Tik Tok TV Pertiwi sehingga menimbulkan persoalan beberapa pihak berkenaan kebebasan media di Malaysia.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sewajarnya Haramkan Sahaja Konsert Coldplay

Next Post

Sekolah Vernakular Diangkat, Sekolah Kebangsaan Terabai

Related Posts