Monopoli Dan Kartel Punca Kos Sara Hidup Di Malaysia Meningkat

kos sara hidup di malaysia

Kenaikan kos sara hidup di Malaysia dikatakan sebenarnya berpunca daripada kuasa monopoli dan kartel yang telah sekian lama berlaku.

Hal ini dimaklumkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) yang mengesahkan berkenaan perkara ini dan menegaskan isu kos sara hidup membebankan rakyat Malaysia terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

PSSC juga berpendapat gaji minimum RM1,700 perlu disemak secara berkala setiap tahun di samping melihat jualan berkala barangan keperluan bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana hanya memberikan kelegaan sementara.

Tambahan lagi, kerajaan sering menganjurkan acara yang menawarkan makanan, pakaian dan barangan keperluan pada harga lebih rendah namun ia tidak menyelesaikan masalah masalah kenaikan kos sara hidup ini secara berpanjangan.

Kerajaan perlu sedar bahawa akar kepada permasalahan ini datangnya daripada kewujudkan monopoli dan kartel.

Tahap pendapatan Rendah Juga Punca Kepada Masalah Kos Sara Hidup Di Malaysia

Masalah kenaikan kos sara hidup di Malaysia ini turut diulas oleh Pengarah Minda-UKM, Prof Tan Sri Dr Noor Azlan yang berpendapat masalah ini bertambah rumit apabila tahap pendapatan di Malaysia tidak seiring dengan kenaikan kos sara hidup.

Beliau berkata situasi di Malaysia kini ialah harga dan pendapatan tidak naik secara seiring maka kerajaan perlu mencari penyelesaian untuk menetapkan harga yang adil dan pendapatan lebih tinggi.

Rakyat sebenarnya tidak sentiasa mengharapkan harga barangan sentiasa murah dengan mengurangkan harga atau memberikan sesuatu barang itu secara percuma.

Langkah itu hanya menyelesaikan masalah secara sementara sahaja kerana ia dilakukan secara bermusim sedangkan kenaikan kos sara hidup ini berlaku secara berpanjangan.

Maka memang benar penyelesaian untuk menghapuskan monopoli dan kartel ini bagi memastikan masalah ini boleh diselesaikan secara terus tanpa memerlukan kerajaan melakukan penyelesaian secara bermusim seperti jualan murah dan sebagainya.

Isu kewujudan kartel ini bukanlah isu yang baru kerana sebelum ini pun kerajaan berkali-kali memaklumkan memang ada wujudnya kartel dalam ekonomi Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengesahkan mengenai perkara ini dan mengotakan janji untuk menghapuskan kartel yang menopoli sebahagian sektor ekonomi di Malaysia.

Sesungguhnya Malaysia memang terkenal dengan kartel bahkan bukan kartel ekonomi sahaja malahan kartel politik juga wujud di sini.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
hubungan malaysia dengan china

Benarkah Rakyat Malaysia Terutamanya Orang Melayu Berpandangan Positif Terhadap Hubungan Malaysia Dengan China?

Next Post
kadar inflasi malaysia

Kadar Inflasi Malaysia Dijangka Meningkat Pada 2025

Related Posts