Kartel Malaysia Ada Kartel Politik, Kartel Ayam Dan Kartel Beras

kartel malaysia

Pendedahan mengenai kartel Malaysia semakin mendapat liputan akhbar sehingga ada yang mengatakan kumpulan ini sebagai punca kepada permasalahan yang berlaku di Malaysia.

Kenyataan ini mungkin juga disokong oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan salah satu faktor kepada ketidaktentuan kos sara hidup di Malaysia ini adalah datangnya daripada tangan-tangan jahat milik kartel ini.

Secara ringkasnya, kartel merujuk kepada sekumpulan entiti – biasanya terdiri daripada syarikat, pengeluar atau pengusaha – yang bekerjasama secara rahsia atau terancang untuk mengawal pasaran, memonopoli harga dan mengurangkan persaingan.

Kartel wujud dalam pelbagai bentuk dan objektif utama mereka adalah untuk mengurangkan daya saing di dalam industri dengan cara pengaturan harga, pembahagian pasaran atau mengehadkan pengeluaran.

Penerangan di atas ini lebih kepada mengkelaskan mereka ini sebagai kartel ekonomi seperti mana yang ada di Malaysia iaitu kartel ayam dan kartel beras namun sebenarnya Malaysia juga wujudnya kartel politik.

Maksud Kartel Politik

Kartel politik merujuk kepada situasi di mana sekumpulan parti politik atau pemimpin politik yang bersekongkol untuk menguasai, memonopoli atau mengawal sesuatu sistem politik atau proses pilihan raya.

Dalam konteks ini, mereka menggunakan kuasa dan pengaruh mereka untuk mengekalkan dominasi dan menghalang pesaing lain daripada mendapatkan kuasa.

Di Malaysia, walaupun istilah kartel politik tidak digunakan secara meluas dalam wacana politik namun unsur-unsur kartel politik boleh wujud dalam bentuk kerjasama antara parti politik yang dominan untuk mengekalkan kuasa dan pengaruh mereka.

Dalam konteks Malaysia, terdapat beberapa ciri dan situasi yang boleh dilihat sebagai menggambarkan kartel politik antaranya dominasi politik dalam tempoh masa panjang seperti Barisan Nasional (BN).

BN telah memerintah selama lebih daripada 60 tahun melalui gabungan UMNO, MCA, MIC dan beberapa parti komponen daripada Sabah dan Sarawak yang menampakkan dominasi politik mereka di Malaysia.

Selama tempoh ini, BN dapat mengukuhkan pengaruhnya melalui penguasaan media, institusi kerajaan dan sumber-sumber ekonomi.

Mereka menguasai ekonomi melalui amalan politik patronage di mana ahli politik atau parti dominan menggunakan kedudukan mereka untuk memberi ganjaran kepada penyokong atau sekutu mereka dalam bentuk kontrak kerajaan, jawatan atau akses kepada sumber ekonomi.

Hal ini telah memperkukuhkan kedudukan politik mereka dan mengurangkan peluang pesaing lain untuk mendapatkan kuasa.

Walaupun Pakatan Harapan (PH) sebelum ini lantang melarang ahli politik untuk dilantik ke dalam GLC namun ia hanya omongan kosong kerana kini sudah ramai ahli politik mereka dilantik ke jawatan tertinggi di dalam GLC sewaktu menjadi kerajaan.

Dalam keadaan di mana politik patronage ini tersebar, ia membina satu ekosistem di mana hanya segelintir kelompok politik yang menguasai sumber ekonomi dan politik negara seterusnya agak mirip dengan kartel yang menguasasi pasaran ekonomi.

Kartel Politik Di Malaysia Membuka Jalan Kepada Kartel Ekonomi

Kartel politik yang sudah lama diamalkan di Malaysia daripada zaman pemerintahan BN sehingga PH ini tanpa disedari telah membuka kepada terlahirnya kartel ekonomi.

Kartel ekonomi yang wujud di Malaysia ini mungkin merangkumi pelbagai sektor namun sektor yang paling popular dikaitkan dengan kartel ialah kartel ayam dan kartel beras.

Kartel ayam wujud apabila pengarang atau pembekal ayam bersepakat untuk mengawal bekalan dan menetapkan harga ayam.

Kartel ini sering kali wujud dalam kalangan syarikat besar yang terlibat dalam industri penternakan, pembekalan atau pengedaran ayam yang bertujuan untuk memastikan harga ayam berada pada tahap yang menguntungkan mereka walaupun bekalan mencukupi atau terdapat permintaan tinggi daripada pengguna.

Antara syarikat kartel ayam yang telah dikenalpasti ialah Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd (Dinding), FFM Berhad (FFM), Gold Coin Feedmills (M) Sdn Bhd (Gold Coin), Leong Hup Feedmill (M) Sdn Bhd (Leong Hup) dan PK Agro-Industrial Products (M) Sdn Bhd (PK Agro).

Selain itu, kartel beras pula merujuk kepada sekumpulan pihak yang terlibat dalam pengeluaran, pengedaran atau penjualan beras yang membuat perjanjian rahsia untuk mengawal bekalan dan menetapkan harga beras di pasaran.

Perjanjian ini biasanya bertujuan memastikan keuntungan maksimum bagi ahli kartel dengan mengehadkan persaingan dan mengekalkan harga beras pada tahap yang mereka inginkan walaupun keadaan pasaran tidak membenarkan harga tersebut/

Sebelum ini, Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mendakwa, terdapat kartel beras putih tempatan membabitkan empat hingga lima syarikat di negara.

Kebobrokan yang sudah lama berlaku hasil daripada kartel politik akhirnya telah memberikan kesan domino kepada wujudnya kartel beras dan ayam sehingga menjejaskan kualiti hidup rakyat.

Pelbagai langkah perlu diambil oleh kerajaan untuk memastikan kartel-kartel ini tidak terus berkuasa termasuklah kartel politik jika benar PH menjunjung kesaksamaan di dalam politik.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Nilai Ringgit Terus Mengukuh Tetapi Tetap Harga Barang Naik

Next Post
harga ayam

Mengapa Harga Ayam Tidak Turun Walaupun Ringgit Naik?

Related Posts