Isu Stokin Kalimah Allah: Nga Kor Ming Lebih Sudu Daripada Kuah

stokin kalimah allah

Ketua Whip Parlimen DAP, Nga Kor Ming telah mengeluarkan satu kenyataan yang dangkal dengan menggesa agar Ketua Pemuda UMNO, Akmal Salleh agar berhenti mengeluarkan kenyataan yang kononnya kontroversi berkenaan isu stokin kalimah Allah. Beliau menganggap Akmal Salleh bertindak menghasut sentimen perkauman dan agama sehingga menimbulkan kekecohan terhadap masyarakat berhubung stokin yang bercetak kalimah Allah di KK Mart.

Beliau menunjukkan rasa yang agak tidak sensitif dengan menggesa Akmal Salleh berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini agar tidak meretakkan lagi hubungan antara UMNO dengan parti komponen dalam kerajaan yang lain. Hal ini menampakkan beliau lebih mementingkan kuasa politik dan partinya sahaja berbanding isu agama majoriti rakyat Malaysia.

Menambahkan lagi biadabnya kenyataan beliau, beliau sempat memberi amaran kepada Akmal Salleh bahawa UMNO akan kehilangan pengundi jika terus bertindak sedemikian. Begitu dangkal Nga Kor Ming dengan melihat ini sebagai perkara kecil sahaja.

Dalam melibatkan isu sensitiviti agama ini, orang Melayu yang majoritinya beragama Islam masih dapat bersatu walaupun berbeza fahaman politik dan beliau patut sedar tentang itu. Beliau dilihat ingin mempolitikkan semua isu termasuk isu sensitiviti agama yang berlaku sekarang.

Kenyataan beliau yang seakan memberi amaran menampakkan kesombongan beliau sebagai rakan politik di dalam kerajaan. Hal ini juga jelas menampakkan parti DAP hanya ingin menggunakan parti Melayu untuk kuasa politiknya sahaja dan tidak lebih daripada itu.

Cukuplah bertindak lebih sudu daripada kuah namun tidak menghairankan kerana itu lah sikap parti DAP daripada dahulu lagi.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
stokin kalimah allah

Isu Stokin Kalimah Allah: Perlu Hukuman, Bukan Minta Maaf

Next Post
dap mca

DAP & MCA Berkongsi Agenda Yang Sama – Azriq Rosman

Related Posts