Makin Menjadi-Jadi, Bendera China Dipamerkan Pula Di Muar

bendera china di malaysia

Selepas beberapa siri tayangan bendera China di Malaysia seperti di Pulau Pinang dan Perak, kini ia beralih pula di bahagian selatan Malaysia iaitu di Muar, Johor.

Hal ini susulan satu program perarakan kebudayaan didakwa mempamerkan bendera China yang telah mula tular di media sosial.

Sumber yang dimaklumkan oleh pihak polis mendapati program tersebut berlangsung sempena ulang tahun ke-20 Gabungan Tiong Hua, dengan tarian singa dan replika naga yang dikatakan terpanjang di Malaysia diarak melalui beberapa jalan utama sekitar daerah itu.

Video tersebut memaparkan replika naga dihias dengan bendera Jalur Gemilang di bahagian sebelah kanan badan manakala bahagian kiri dihias bendera negara China.

Susulan penularan video tersebut, Ketua Polis Muar Raiz Mukhriz Azman Aziz telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat kejadian tersebut.

Bendera Luar Termasuk Bendera China Tidak Boleh Dikibar Sesuka Hati Di Malaysia

Mungkin akan ada pihak yang mengatakan bendera China tersebut dipamerkan dan dikibarkan atas nama diplomasi namun mereka harus sedar bahawa negara ini ada undang-undang.

Mengibarkan bendera negara luar di Malaysia dibenarkan tetapi ia tertakluk kepada beberapa peraturan dan etika tertentu.

Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 yang menetapkan bendera negara luar tidak boleh dikibarkan untuk tujuan yang boleh mencetuskan ketegangan politik, provokasi atau penghinaan terhadap mana-mana pihak.

Tambahan pula, di Malaysia pengibaran bendera negara asing oleh individu atau organisasi tanpa kebenaran adalah dilarang di bawah Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Paparan) 1949.

Menurut Seksyen 3 akta tersebut, ia menegaskan:

“(1) Tiada seorang pun boleh memaparkan dalam awam atau di dalam mana-mana sekolah apa-apa lambang kebangsaan.”

Dalam konteks ini, “lambang kebangsaan” merujuk kepada panji, bendera atau lambang rasmi mana-mana negara selain Malaysia.

Namun begitu, hal ini dikecualikan kepada wakil diplomat atau konsular yang diiktiraf secara rasmi oleh kerajaan Malaysia dan paparan lambang kebangsaan pada kapal atau pesawat.

Jika didapati penganjur bersalah, pesalah yang melanggar peruntukan ini boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda tidak melebihi RM500, atau kedua-duanya sekali.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
nga kor ming umar

Nga Kor Ming Dakwa Contohi Khalifah Umar Al-Khattab Tetapi Ambil Mudah Soal Halal

Next Post
bekalan beras negara

Masalah Bekalan Beras Negara Masih Belum Selesai

Related Posts