Kibar Bendera China: Kibaran Bendera Asing Tanpa Kebenaran Salah Di Sisi Undang-Undang

kibar bendera china

Insiden kibar bendera China di Teluk Intan, Perak dan kini yang terbaharu di Johor pula telah menjadi isu yang panas dibincangkan oleh warganet di media sosial.

Tindakan mengibar bendera China itu didakwa dibuat dengan adanya permit namun siasatan daripada pihak polis mendapati perhimpunan itu telah melanggar permit kerana membenarkan warga asing menyertai perhimpunan itu.

Di Malaysia, pengibaran bendera negara asing oleh individu atau organisasi tanpa kebenaran adalah dilarang di bawah Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Paparan) 1949.

Menurut Seksyen 3 akta tersebut, ia menegaskan:

“(1) Tiada seorang pun boleh memaparkan dalam awam atau di dalam mana-mana sekolah apa-apa lambang kebangsaan.”

Dalam konteks ini, “lambang kebangsaan” merujuk kepada panji, bendera atau lambang rasmi mana-mana negara selain Malaysia.

Namun begitu, hal ini dikecualikan kepada wakil diplomat atau konsular yang diiktiraf secara rasmi oleh kerajaan Malaysia dan paparan lambang kebangsaan pada kapal atau pesawat.

Selain itu, kerajaan boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta atau permit bertulis mengecualikan mana-mana lambang kebangsaan daripada peruntukan Seksyen 3 dengan menetapkan cara dan tempoh paparan yang dibenarkan.

Dalam soal hukuman, pesalah yang melanggar peruntukan ini boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda tidak melebihi RM500, atau kedua-duanya sekali.

Pastikan Insiden Kibar Bendera China Atau Seumpamanya Tidak Berlaku Lagi

Kerajaan sepatutnya bertindak tegas dalam isu ini bagi memastikan insiden yang serupa tidak berulang lagi.

Jelas bahawa negara ini mempunyai undang-undang sah yang melarang mengibarkan atau menonjolkan bendera asing tanpa kebenaran.

Impaknya dapat dilihat kini apabila ia telah mencetuskan perdebatan orang ramai yang melihat insiden itu sebagai satu perkara yang tidak menyenangkan.

Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat maka menjadi kewajiban untuk rakyat asing menghormati undang-undang Malaysia.

Sungguh memalukan apabila wujud seorang ahli Kabinet dalam kerajaan yang melarang rakyat Malaysia untuk memberi reaksi kepada insiden itu atas alasan ia akan merugikan ekonomi negara.

Jika menteri itu sedar negara ini ada undang-undang, mungkin beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan sedemikian melainkan beliau hanya mementingkan “nilai kekayaan” sahaja tanpa menghiraukan soal kedaulatan negara.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
kedaulatan negara

Kibar Bendera China: Pecat Tiong King Sing, Kedaulatan Negara Bukan Untuk Kompromi

Next Post
tempoh pinjaman rumah

Cadangan Kerajaan Panjangkan Tempoh Pinjaman Rumah Adalah Idea Kapitalis

Related Posts