Nga Kor Ming Dakwa Contohi Khalifah Umar Al-Khattab Tetapi Ambil Mudah Soal Halal

nga kor ming umar

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mendakwa beliau mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Al-Khattab dan Khalifah Umar Abdul Aziz dalam pentadbirannya untuk bersikap berintegriti seperti dua tokoh yang bernama Umar itu.

Beliau telah menerapkan konsep nilai “Greater HEIGHTS” bagi kementeriannya dalam memastikan kementerian beliau ini mampu menghadapi cabaran dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat.

Nilai “Greater HEIGHTS” ini merangkumi Humility (rendah hati), Ethics (etika), Integrity (integriti), Gung-ho (semangat kerja keras), Honesty (kejujuran), Teamwork (kerjasama) dan Success (Kejayaan).

Beliau menjelaskan konsep nilai ini sewaktu berucap dalam Amanat Tahun Baharu 2025 di ibu pejabat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) semalam.

Tambahnya lagi, beliau mencontohi keperibadian Khalifah Umar Al-Khattab kerana di dalam sejarah Islam diceritakan anak Umar menggunakan sumber dana awam untuk membeli unta dan kemudian menjualnya untuk mendapatkan keuntungan.

Namun begitu Umar memerintahkan anaknya untuk mengembalikan semula keuntungan kepada perbendaharan negara.

Jelas Nga Kor Ming hanya bersikap menunggang agama semata-mata kerana beliau dan pimpinan di dalam parti politiknya iaitu DAP pernah membantah keras mengenai penutupan operasi pusat judi di Kedah sebelum ini.

Apa gunanya mencontohi sifat integriti pemimpin agung Islam jika perkara yang diharamkan di dalam Islam kuat dipertahankan oleh beliau?

Bukan itu sahaja malahan beliau juga sibuk ingin mencampuri urusan Islam dengan menunjukkan lagak pandai kononnya isu sandwic ham hanya digunakan oleh pelampau agama dan perkauman.

Nga Kor Ming Kononnya Contohi Sifat Umar Al-Khattab Tetapi Ambil Mudah Soal Halal Haram

Nga Kor Ming di dalam laman sosial X memberikan penerangan berkenaan “ham” yang menurutnya “ham” merupakan proses untuk menghasilkan makanan seperti Turkey ham dan chicken ham yang bagus dan halal untuk dimakan.

Beliau juga berkata ia sama denga air root-beer dibuat daripada akar sassafras yang bukan alkohol dan juga baik untuk diminum.

Dakwaan beliau ini sebenarnya boleh dibantah kerana Peraturan Makanan 1985, Seskyen 141 hingga 154 memperincikan keperluan pelabelan produk hasil daging.

Hal ini selaras dengan pematuhan kepada peraturabn yang ditetapkan amat penting bagi memastikan keselamatan pengguna dan ketelusan maklumat pada produk makanan.

Sebagai conto, jika peratusan isi ayam dalam sesuatu produk kurang daripada kadar minimum yang dibenarkan, istilah seperti “chicken bacon” tidak boleh digunakan kerana ia mengelirukan pengguna.

Boleh jadi ia sudah dicampur dengan bahan lain atau daging yang bukannya daripada sumber yang halal.

Bukan itu sahaja malahan francais makanan segera A&W sudah menggantikan nama root-beer kepada sarsaparilla pada 2012 untuk mematuhi syarat pensijilan halal JAKIM.

Maka sudah jelas bahawa pihak industri makanan perlu bertanggungjawab memastikan produk mereka dilabelkan dengan jelas dan tidak mengelirukan pengguna.

Nga Kor Ming sepatutnya berhenti menonjolkan beliau ini mesra kepada Islam untuk “political milieage” kerana sebelum ini pun beliau menuduh kerajaan Kelantan sebagai Taliban.

Jelas pada diri beliau seorang yang Islamofobia dan langsung tidak memahami apa pun mengenai Islam.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
gencatan senjata gaza

Selepas Gencatan Senjata Di Gaza, Adakah Syarikat Yang Diboikot Boleh Kembali Untung Atau Terus Rugi?

Next Post
bendera china di malaysia

Makin Menjadi-Jadi, Bendera China Dipamerkan Pula Di Muar

Related Posts