Rakyat Terkesan Dengan Cukai 8% SST – MCA

Kuala Lumpur: Rakyat negara ini tetap terkesan daripada kenaikan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) daripada enam kepada lapan peratus walaupun makanan, minuman serta komunikasi dikecualikan daripada langkah berkenaan.

Parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA, dalam kenyataan menerusi jurucakapnya, Saw Yee Fung, menegaskan banyak aspek kehidupan harian rakyat akan terkesan daripada peningkatan kadar SST itu, yang secara langsung menambahkan beban kewangan mereka.

“Walaupun makanan, minuman dan komunikasi dikecualikan kenaikan kadar SST ini, namun rakyat masih perlu membayar kos asas hidup lain seperti pembayaran balik kad kredit, insurans, perubatan, logistik, e-hailing, tiket penerbangan, penginapan, internet dan perkhidmatan profesional seperti nasihat perundangan dan perakaunan.

“Maka semua aspek kehidupan harian akan terkesan daripada peningkatan kadar lapan peratus ini, yang secara langsung menambahkan beban kewangan rakyat.¬†

“Golongan M40 dijangka paling teruk terjejas daripada langkah kerajaan ini, kerana golongan B40 akan layak menerima pelbagai bantuan, manakala golongan T20 mempunyai kedudukan kewangan yang lebih stabil,” katanya.

Yee Fung berkata, MCA kecewa dengan tindakan kerajaan kerana tidak mengembalikan semula pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) melalui Belanjawan 2024, namun sanggup menaikkan kadar SST dari enam kepada lapan peratus.

Beliau bersetuju sewajarnya kerajaan perlu menyusun semula sistem percukaian negara tetapi bukan secara menaikkan kadar SST dalam usaha untuk menstabilkan ekonomi negara.

“Tindakan itu tidak wajar, apatah lagi sewaktu nilai ringgit semakin menurun, di samping kadar inflasi juga semakin meningkat.

“Kerajaan dilihat tidak mengendahkan gesaan komuniti perniagaan, persatuan dan rakyat untuk memperkenalkan semula GST dengan menetapkan kadar lebih rendah sekitar tiga atau empat peratus,” katanya..

Beliau mendakwa, langkah menaikkan kadar SST juga dilihat seakan ‘menghukum’ pihak yang kerap membayar cukai.

Selain itu, beliau sangsi dengan pelaksanaan SST yang didakwa tidak secekap GST dalam menangani masalah ketirisan dan pengelakkan bayaran cukai oleh golongan tidak bertanggungjawab.

“Keputusan kerajaan menaikkan kadar SST hanya menggalakkan rakyat mencari jalan mengelak membayar cukai dan akhirnya menjejaskan pendapatan kerajaan.

“Walaupun kerajaan mencadangkan penggunaan e-invois untuk menangani masalah ini, namun pelaksanaannya dijangka memakan tempoh masa yang lama. Jadi, ia terlalu awal untuk menjangka sekiranya e-invois ini dapat menyelesaikan masalah ketirisan dan pengecualian bayaran cukai.

“Jikalau kerajaan benar-benar cakna dan prihatin terhadap kesusahan rakyat dan ikhlas mahu membantu mengurangkan beban mereka, mengapa pula mereka enggan melaksanakan GST pada kadar lebih rendah seperti tiga hingga empat peratus tetapi sanggup pula menaikkan kadar SST kepada lapan peratus?,” soalnya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

RM2.3 billion Diperlukan Untuk Bina Loji Nuklear Di Malaysia

Next Post

Pengurangan Subsidi Tidak Jejaskan Imej Kerajaan

Related Posts