Kanak-Kanak Malaysia Berpotensi Terbantut?

terbantut

KUALA LUMPUR – Khabar berita mengenai kenaikan kos harga barang mentah sentiasa kedengaran dalam kalangan rakyat bawahan. Kenaikan harga ini disahkan oleh beberapa laporan berita yang menggambarkan situasi sebahagian peniaga-peniaga bazar Ramadan sebelum ini terpaksa menaikkan harga jualan susulan kenaikan harga bahan mentah.

Kesahihan dakwaan kenaikan harga barang mentah yang dilaporkan oleh peniaga ini tidak dapat dipastikan namun ia tidak mampu menafikan wujudnya masalah kanak-kanak Malaysia yang tidak cukup makan dalam tempoh sehari sehingga menyebabkan kanak-kanak itu terbantut. Perkara ini tidak mengejutkan kerana hal ini dibuktikan dengan laporan yang bertajuk “Ranjau Sepanjang Jalan” yang mendedahkan masalah ketidakcukupan nutrisi makanan terutamanya dalam kalangan golongan miskin.

Ahli ekonomi, Dr Muhammed Abdul Khalid berkata hampir separuh kanak-kanak di sebuah kawasan yang miskin di Malaysia yang hanya mampu makan kurang dari tiga kali sehari. Faktor pemakanan sebenarnya memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada seseorang kanak-kanak itu mampu membesar dengan sihat ataupun tidak.

Tegas beliau, sebelum pandemik hanya 55 peratus kanak-kanak mampu makan antara tiga hingga lima kali sehari namun peratusan tersebut telah turun kepada 48 peratus dalam siri terbaharu yang dibuat dalam fasa pasca pandemik. Ini bermaksud lebih separuh kanak-kanak iaitu 52 peratus kini terpaksa makan kurang daripada tiga kali sehari.

“Selain daripada kuantiti pemakanan itu sendiri, aspek kualiti atau nutrisi pemakanan turut sama pentingnya dalam menyokong tumbesaran kanak-kanak yang lebih sihat. Namun, kajian yang sama turut mendapati bahawa pengambilan makanan kurang sihat, iaitu mi segera telah meningkat kepada 46%, berbanding 40% ketika pandemik.

“Pemakanan yang tidak disertai dengan nutrisi yang secukupnya berkemungkinan besar menyebabkan kanak-kanak ini tidak dapat membesar dengan baik, sekali gus meningkatkan risiko-risiko seperti bantut yang akan menjejaskan perkembangan kognitif”, ulas beliau.

Sebelum ini, laporan berita pada Disember tahun lalu melaporkan Malaysia berdepan risiko mempunyai generasi muda yang terbantut tumbesaran mereka, jika tiada tindakan yang diambil bagi menangani isu pemakanan dan diet membabitkan hampir 500,000 kanak-kanak bawah usia lima tahun sudah pun dikenal pasti berdepan masalah bantut.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
takraw

Kerajaan Wajar Berikan Peruntukan Besar Untuk Sukan Takraw

Next Post
maha kaya

Ada Apa Dengan Maha Kaya?

Related Posts