Masalah Bekalan Beras Negara Masih Belum Selesai

bekalan beras negara

Masalah bekalan beras negara dilihat masih belum menemui jalan penyelesaian apabila kini timbul pula cadangan untuk membenarkan penjualan beras campuran.

Ketua kluster makanan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (Naccol) Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata langkah yang ingin diambil itu tidak akan menyelesaikan masalah malahan akan membebankan lagi rakyat.

Beliau dalam kenyataannya menjelaskan bahawa beras putih tempatan (BPT) hilang di pasaran kerana harga beras putih import (BPI) lebih mahal berbanding harga BPT.

Hal ini menyebabkan BPT hilang di pasaran kerana disorok untuk tidak mahu dijualkan di pasaran kerana harganya yang murah berbanding BPI.

Tambahan pula BPT mempunyai harga siling maka pengilang tidak mahu menjual beras tersebut dengan harga yang murah dan tidak menguntungkan

Kerajaan Gagal Atasi Masalah Bekalan Beras Negara

Pendedahan yang dibuat oleh Syed Abu Hussin ini jelas menunjukkan bahawa bekalan BPT itu ada dan wujud namun sengaja ‘dihilangkan’ kerana tidak mahu dijual di pasaran atas sebab harganya yang tidak menguntungkan.

Kerajaan pula hingga kini masih tidak mengambil apa-apa tindakan proaktif untuk menyelesaikan masalah ini dengan hanya mengulang pendirian untuk duduk berbincang sahaja namun belum ada penyelesaian yang dikemukakan.

Baru-baru ini Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu mengumumkan kementerian sedang mengkaji secara terperinci sama ada mahu membenarkan atau tidak penjualan beras campuran.

Masalahnya ialah penyelesaian dengan mencampurkan BPT dengan BPI dalam satu pek tidak akan memberikan penurunan harga yang ketara.

Rakyat menuntut untuk BPT dijual kembali di pasaran bukannya dengan beras yang dicampur dengan BPT dan BPI.

Jika kerajaan masih berterusan dengan menginginkan langkah ini dilaksanakan, hal ini dikhuatiri akan menjejaskan kualiti beras tempatan.

Apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk menyelesaikan isu ini adalah dengan mengenakan harga siling untuk BPI sama seperti BPT.

Maka sebarang manipulasi BPT tidak akan berlaku dan harga beras untuk dua jenis ini terkawal di pasaran.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
bendera china di malaysia

Makin Menjadi-Jadi, Bendera China Dipamerkan Pula Di Muar

Next Post
kes kematian taska

Kes Kematian Anak Di Taska: Trend Membimbangkan?

Related Posts