Konsert Pinkfish Mencemar Maruah Negara Dan Bangsa

konsert pinkfish

Konsert Pinkfish yang dianjurkan di Bandar Sunway pada 31 Disember 2023 yang lalu ketika sambutan ambang tahun baru telah melakar satu peristiwa yang tragis.

Hal ini kerana empat orang yang menyertai konsert tersebut didapati telah meninggal dunia akibat pengambilan pil ekstasi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata beliau tidak menafikan wujud aktiviti penjualan pil ekstasi termasuk dalam kawasan penganjuran konsert ‘Pinkfish’ itu.

Bukan itu sahaja malahan pihak polis mendapati ada di kalangan peserta yang mengambil minuman beralkohol ketika konsert itu berlangsung.

Pemudi BERJASA melihat ini sebagai fenomena yang kronik melanda remaja kini kerana tanpa segan silu mula berani mengambil dadah di tempat khalayak awam.

Semua pihak tidak boleh menafikan keruntuhan moral berlaku disebabkan penganjuran konsert yang sedemikian rupa.

Gesa Saman Penganjur Konsert Pinkfish

Pemudi BERJASA menggesa agar tindakan saman dikenakan terhadap penganjur konsert Pinkfish kerana didapati gagal membuat pemeriksaan yang ketat untuk melarang sebarang barang larangan dibawa masuk ke konsert.

Bukan itu sahaja malahan konsert sebegini tidak sepatutnya dinormalisasikan untuk dijadikan sebagai sambutan baru.

Penganjuran konsert sebegini hanya menyebabkan masyarakat khususnya remaja lalai dan terjebak dalam masalah sosial yang teruk nanti.

Sudah banyak laporan akhbar yang memaparkan mengenai perbuatan terkutuk dalam kalangan remaja yang terjebak dengan pengambilan dadah dan aktiviti pergaulan bebas.

Perbuatan-perbuatan jijik ini tidak berlaku ketika sambutan tahun baharu sahaja malahan bila-bila masa sahaja mereka boleh melakukannya.

Namun demikian, hal ini boleh diambil tindakan tegas secara lebih awal jika dimulakan dengan mengharamkan sebarang konsert yang begitu melalaikan seperti konsert ambang tahun baharu.

Pihak berwajib perlu memandang serius isu ini kerana gejala sebegini bukanlah identiti nasional yang ingin kita bangunkan untuk negara ini.

Malaysia sepatutnya dikenali sebagai sebuah negara yang bermaruah dalam mencegah aktiviti ataupun gejala yang tidak sihat ini.

Malaysia merupakan sebuah negara yang rakyatnya bermajoriti Islam dan diperintah orang Islam maka aktiviti-aktiviti melalaikan tidak sepatutnya dianjurkan untuk masa akan datang.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
nga kor ming

Nga Kor Ming Cerminan Kafir Mekah? – Presiden BERJASA

Next Post
virus hmpv

Apa Itu Virus hMPV Dan Cara Pencegahannya

Related Posts