DAP Hanya Tunggang Ahli Berbangsa Melayu Untuk Agenda Politik

Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan

Puchong – Kenyataan Ong Kian Ming bahawa DAP memerlukan ahli berkredibiliti dari kalangan ahli politik Melayu untuk diangkat sebagai Perdana Menteri jelas menunjukkan bahawa parti rasis itu hanya mahu memperkudakan ahli mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Itu kenyataan yang ditegaskan oleh Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan berikutan kenyataan Ong Kiang Ming seperti di atas sewaktu bersiaran secara langsung di dalam rancangan podcast Keluar Sekejap bersama Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan.

Beliau menambah, ini menunjukkan kelunakan mereka beragenda jahat untuk menguasai Malaysia bagi menjayakan misi mereka menghapuskan keistimewaan Melayu dan agama Islam sebagai agama persekutuan.

“Mereka juga hanya bermuka-muka menjadi parti terbuka yang “multi-racial”, padahal hakikatnya perjuangan menjadikan Malaysia negara sekular terus berjalan secara diam-diam, umpama api dalam sekam”.

“Sekarang ini pun, para ahli DAP berbangsa Melayu tidak diberikan posisi strategik dalam parti dan hanya digunakan sebagai poster boys/girls bagi menarik lebih ramai ahli berbangsa Melayu”, tegas beliau.

Kepimpinan utama di dalam DAP dilihat terus didominasi para pimpinan Cina yang ‘hard-core’. Jadi ahli politik Melayu janganlah terperdaya dengan permainan licik mereka.

Untuk maklumat tambahan, DAP telah mencalonkan Syahredzan Johan di kerusi Parlimen Bangi dan memenanginya pada Pilihan Raya Ke-13 yang lalu.

Selain itu, DAP juga memiliki calon Melayu lain seperti Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Ahli Parlimen Raub), Zairil Khir Johari (ADUN Tanjung Bungah), Dr Abdul Aziz Bari (ADUN Tebing Tinggi), Sheikh Umar Bagharib Ali (ADUN Paloh), Young Syefura Othman (ADUN Ketari), Edry Faizal Edry Yusof (ADUN Dusun Tua), Syerleena Abdul Rashid (ADUN Seri Delima) dan Jamaliah Jamaluddin (ADUN Bandar Utama).

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Isu Rumah Mahal: Rumah Untuk Siapa?

Next Post
Ketua Penerangan BERJASA. Mohd Hamdan

Projek PSI: Lebih Banyak Buruk Dari Baik

Related Posts