70% Pengundi Melayu, Mengapa Calon Bukan Melayu? Gesa BN Tamatkan Amalan Politik Lama – Ustaz Zamani Ibrahim, Presiden BERJASA

prn johor
prn johor

KLUANG, 6 Julai – Presiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim mempersoalkan tindakan UMNO yang sebelum ini meletakkan calon bukan Melayu di kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu, sambil menyifatkan amalan tersebut sebagai antara tradisi politik lama yang perlu dinilai semula.

Beliau berkata demikian selepas turun bersama jentera BERJASA Johor membantu kempen Perikatan Nasional (PN) di DUN Kahang pada Sabtu.

Menurut Zamani, beliau turut bertemu calon PN N31 Kahang, Haji Mazlan bin Bujang, selepas solat Asar.

“Haji Mazlan merupakan bekas ADUN Puteri Wangsa dan pernah berkhidmat sebagai EXCO Kerja Raya dan Pengangkutan Johor.

Saya mendoakan agar beliau terus istiqamah meneruskan perjuangan walaupun DUN Kahang merupakan kerusi tradisi MIC sejak lima penggal berturut-turut,” katanya.

Persoal Penempatan Calon

Dalam pada itu, Ustaz Zamani mempersoalkan rasional UMNO mengekalkan calon bukan Melayu di kawasan majoriti Melayu sebelum ini.

Saya hairan mengapa kawasan yang mempunyai kira-kira 70 peratus pengundi Melayu sebelum ini masih diwakili oleh calon bukan Melayu.

Perkara ini wajar dinilai semula sekiranya kita benar-benar mahu melakukan reformasi terhadap landskap politik negara,” katanya.

Cadang Peranan Senator Diperkasa

Mengulas lanjut, Ustaz Zamani berkata suara masyarakat India tetap boleh dibawa melalui pelantikan sebagai Senator.

Untuk mendengar suara masyarakat India, kita tidak semestinya memberikan kerusi di kawasan majoriti Melayu.

Pelantikan sebagai Senator juga merupakan satu saluran yang membolehkan seseorang membawa suara rakyat di Dewan Negara walaupun tidak mewakili kawasan pilihan raya,” katanya.

Seru Reformasi Politik

Beliau berpandangan calon perlu diletakkan mengikut komposisi majoriti penduduk sebagai agenda reformasi politik.

Kawasan majoriti Melayu sewajarnya diwakili oleh calon Melayu. Pada saya, inilah antara agenda ‘reset’ atau reformasi sebenar yang perlu dibincangkan demi memastikan aspirasi masyarakat majoriti di sesuatu kawasan dapat diwakili dengan lebih berkesan,” katanya.

Terdahulu, Ustaz Zamani menghadiri program bersama jentera BERJASA Johor yang turun membantu kempen Perikatan Nasional di DUN Kahang sebagai sebahagian daripada gerak kerja parti dalam kerjasama menghadapi pilihan raya negeri Johor.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
kesihatan mental

“Healing Magenta” Angkat Kesedaran Kesihatan Mental – BERJASA Gombak

Related Posts