Kerajaan Madani yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya layak diberikan gred D di atas kelemahan prestasi mereka.
Bukan sahaja diambil kira mengenai prestasi yang teruk malahan tindakan mereka yang gemar mencetuskan kontroversi bodoh sepatutnya melayakkan mereka terus diberikan gred F iaitu gagal secara keseluruhan.
Selain daripada janji manifesto yang tidak ditunaikan sewaktu mereka menjadi pembangkang, kerajaan Madani ini juga menyimpan menteri yang tidak kompeten dan bersemangat kebangsaan.
Terbaharu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing telah mencetuskan kontroversi dengan mengkritikan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerbu premis yang tidak mengutamakan bahasa Melayu pada papan tanda milik mereka.
Beliau mengatakan tindakan DBKL itu satu bentuk perkauman yang melampau hingga boleh menakutkan pelancong asing sedangkan sudah termaktub di Perlembagaan Persekutuan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa utama negara.
Bukan itu sahaja malahan sebelum ini juga beliau pernah membela tindakan mengebar bendera China di Teluk Intan dengan alasan Malaysia bukan negara perkauman.
Sungguh menghairankan apabila wujud menteri kerajaan yang berfikiran seperti orang asing yang bukan lahir di Malaysia kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Hal ini tidak termasuk lagi dengan kurang kompetennya menteri yang lain seperti Fahmi Fadzil yang gagal menjalankan tugas dengan baik sebagai Menteri Komunikasi terutamanya dalam menjawab isu U Mobile yang dianugerahkan projek rangkaian 5G kedua Malaysia.
Apakah Maksud Kerajaan Madani Bagi Anwar Ibrahim Sebenarnya?
Dengan munculnya segala kontroversi yang ada pada kerajaan kini, timbul persoalan mengenai apakah maksud madani yang ingin di bawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kerajaan pimpinannya?
Madani berasal daripada perkataan Arab “madaniyyah” yang bermaksud bertamadun atau berkenaan dengan kota yang mana ia menggambarkan masyarakat beradab dan maju dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk pendidikan, sosial dan ekonomi.
Selain itu, konsep masyarakat madani merujuk kepada sebuah masyarakat yang berilmu pengetahuan, berpandangan jauh, terbuka terhadap perubahan positif, berintegriti, jujur, beretika, mengutamakan keadilan sosial dan mengamalkan keharmonian tanpa diskriminasi kaum, agama atau gender.
Melihat kepada ciri-ciri masyarakat madani di atas, ia langsung tidak sama dengan bentuk kerajaan Madani yang ingin dibawa di Malaysia.
Konsep masyarakat integriti gagal untuk diikut oleh kerajaan kerana melantik beberapa orang ahli Parlimen memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sedangkan mereka tidak layak untuk berada pada posisi itu.
Ahli Kabinet dan menteri dalam kerajaan sekarang pun tidak mencerminkan konsep madani yang sebenar kerana langsung tidak menunjukkan ciri-ciri berilmu pengetahuan kerana dengan bodohnya mempertikaikan kepentingan bahasa Melayu di Malaysia sedangkan ia sudah termaktub di dalam perlembagaan.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Madani ini gagal memupuk kepercayaan rakyat terhadao kerajaan melalui integriti dan akauntabiliti.
Mereka gagal meyakinkan rakyat bahawa mereka adalah kerajaan yang terbaik untuk rakyat kerana masih mempertikaikan beberapa asas penting identiti negara yang telah sekian lama terpasak di Malaysia.
Penilaian terhadap mereka tidak layak diberikan dengan gred D kerana selayaknya mereka diberikan gred F dan gagal.
Perkataan “madani” itu hanya terma kosong dan propaganda Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaannya adalah yang terbaik sedangkan ia hanya indah khabar daripada rupa sahaja.