Pendidikan Cina, Perjuangan DAP

Semalam tular Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook bersama Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP baharu mengadakan lawatan hormat ke Dong Jiao Zong di Kajang. Lawatan ini bertujuan mendengar pembentangan dua pertubuhan utama pendidikan Cina serta membincangkan cabaran dan hala tuju pendidikan bahasa ibunda.

Menurut berita yang dikongsikan pengguna Facebook, Rafizah Cian Lin yang menterjemahkan berita berkenaan daripada bahasa Mandarin kepada bahasa Melayu, antara isu utama yang dibincangkan termasuklah pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC), kekurangan tenaga pengajar, SJKC mikro, pendidikan teknikal dan vokasional (TVET), serta usaha pembinaan Bangunan Pendidikan Cina.

Anthony Loke yang juga Menteri Pengangkutan menegaskan bahawa mempertahankan pendidikan bahasa ibunda iaitu bahasa cina serta hak asasi dan demokrasi merupakan nilai teras perjuangan DAP sejak penubuhannya. Katanya, buat pertama kali dalam sejarah, Perdana Menteri sendiri menyerahkan peruntukan khas kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina Jit Sin di Pulau Pinang sebagai pengiktirafan kepada pendidikan Cina.

Anthony Loke juga menegaskan komitmen DAP untuk terus memperjuangkan urusan masyarakat dan pendidikan Cina. Kebanyakan kawasan Parlimen DAP mempunyai kaitan rapat dengan pendidikan Cina dan parti itu akan terus menjalankan tanggungjawab demi kepentingan para pengundi serta pembangunan pendidikan Cina di negara ini.

Persoalannya, mengapa DAP ingin memperjuangan bahasa lain berbandaing bahasa rasmi negara? Mengapa DAP memberi penekanan kepada pendidikan cina berbanding pendidikan kebangsaan, sekolah untuk semua kaum? Adakah dasar kepelbagaian kerajaan Madani ini adil atau hanya beri keuntungan kepada satu pihak sahaja?

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pengecualian Penalti USJ One Park: Langkah Bijak atau Menghakis Hak Bumiputera?

Next Post

Tanah Waqaf Milik Umat Islam, Bukan Milik Jakel atau Kuil Haram

Related Posts