Kibar Bendera China: Pecat Tiong King Sing, Kedaulatan Negara Bukan Untuk Kompromi

kedaulatan negara

Menteri Perlancongan, Tiong King Sing dilihat langsung tidak bersikap sensitif terhadap kedaulatan negara apabila menyelar tindakan sebahagian tindakan rakyat Malaysia dalam isu kibaran bendera China akan menyebabkan negara rugi.

Kenyataan beliau seperti yang dipetik dalam laporan Sinar Harian mengatakan bahawa tindakan ini merupakan tindakan yang agresif dan dikhuatiri akan memberi kesan kepada ekonomi negara.

Hal ini menunjukkan bahawa Tiong King Sing dilihat langsung tidak kisah dengan soal kedaulatan negara dan lebih memilih untuk mengejar keuntungan semata-mata.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif mengecam tindakan Tiong KIng Sing ini kerana beliau selaku menteri di dalam kerajaan wajar untuk memilih pendekatan mempertahankan identiti nasional negara dahulu.

Malaysia adalah sebuah tanah yang berdaulat maka mana-mana pihak luar yang datang ke Malaysia perlu menghormati kedaulatan Malaysia ini.

Tiong King Sing Memang Tidak Cakna Soal Kedaulatan Negara

Mohd Hamdan Mohd Sharif juga menambah Tiong King Sing sebelum ini pernah terlibat dengan insiden kemasukan dua orang warga China yang dikeluarkan daripada Malaysia melalui Not To Land” (NTL) oleh Imigresen Malaysia.

Sehingga saat ini, beliau langsung tidak dikenakan sebarang tindakan dan tidak memohon maaf atas insiden menggugat kedaulatan negara itu.

Beliau sebagai seorang menteri yang bertanggungjawab dalam soal pentadbiran negara perlu membawa suara rakyat dan bertanggungjawab menjaga kepentingan negara.

Satu tindakan yang bodoh apabila sanggup menggadaikan kedaulatan dan maruah negara atas nama perlancongan sedangkan bukan hanya rakyat China sahaja yang ingin datang melancong ke Malaysia.

Mungkin Kementerian Perlancongan gemar menyasarkan kemasukan pelancong daripada China kerana mereka akan membawa keuntungan yang besar kepada negara berbanding kumpulan pelancong daripada negara lain namun murah sangat kah maruah negara hingga ingin digadaikan oleh mereka sebegitu sahaja?

Jika benar tindakan itu ingin diteruskan oleh beliau, kesetiaan beliau terhadap Malaysia wajar dipersoalkan dan layak untuk dipecat sebelum ia menjadi barah dalam kerajaan sekarang ini.

Malaysia memerlukan ahli Kabinet yang setia dan cinta kepada negara bukannya pengkhianat yang sombong.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
starbucks rugi

Starbucks Rugi Tiga Bulan Berturut-Turut, Peluang Untuk Jenama Kopi Malaysia

Next Post
kibar bendera china

Kibar Bendera China: Kibaran Bendera Asing Tanpa Kebenaran Salah Di Sisi Undang-Undang

Related Posts