China telah memilih Malaysia sebagai tuan rumah untuk sambutan Tahun Baru Cina 2025 pada tahun hadapan.
Hal ini menjadikan Malaysia sebagai negara sulung untuk menjadi tuan rumah kepada sambutan Tahun Baru Cina yang pertama kali diadakan di luar dari negara Tembok Besar itu.
Sambutan itu dimaklumkan akan diadakan pada 23 Januari yang bertepatan dengan ‘Tahun Baru Kecil’ dan kini persiapan sedang giat dijalankan oleh pihak kerajaan Malaysia.
Penghibur yang akan memeriahkan sambutan itu di Malaysia nanti akan dipilih dan dimuktamadkan oleh pihak China sendiri yang jelas menunjukkan bahawa acara sambutan ini kelak akan mengikut naratif daripada China.
China hanya meminta pihak Malaysia untuk memberikan sokongan dan mempromosikan kempen ini secara meluas.
Hal ini menunjukkan bahawa Malaysia hanya diberikan peranan yang kecil sahaja untuk sambutan ini sedangkan lokasi dan platform dibuat di sini.
Mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa Malaysia hanya menjadi ‘budak’ China sahaja.
Mengapa Sambutan Tahun Baru Cina 2025 Dianjurkan Di Malaysia?
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing menjelaskan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan China Sun Yeli memilih Malaysia sebagai tuan rumah sambutan Tahun Baru China 2025 kerana menyifatkan Malaysia dan China mempunyai pertalian budaya yang mendalam.
Kenyataan ini sungguh menghairankan kerana identiti Malaysia yang sebenar bukannya budaya Cina.
Masyarakat Malaysia memang bersifat majmuk dengan adanya budaya kaum lain seperti India dan Cina sehingga boleh diraikan secara bebas tanpa halangan.
Namun yang menghairankannya ialah mengapa sambutan yang boleh diraikan di China itu perlu dianjurkan di Malaysia yang dikenali begitu kuat dengan budaya Melayu.
Tiong King Sing juga mengeluarkan kenyataan yang dangkal dengan mengatakan bahawa Malaysia berhasrat untuk mengambil inspirasi daripada kemajuan budaya China bagi mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.
Adakah ini Tiong King Sing lebih mengagungkan budaya China lebih daripada budaya dan identiti negara beliau sendiri iaitu Malaysia?
Budaya China mahupun mana-mana negara luar tidak menjanjikan kemajuan kepada sesebuah negara sekalipun apatah lagi negara Tembok Besar ini bersikap agresif dalam menceroboh sempadan negara.
Portfolio yang dipegang oleh beliau sepatutnya dijadikan sebagai peluang untuk mengangkat budaya sebenar negara ini ke pihak luar.
Beliau seakan keliru dan tidak faham dengan identiti negara ini sehingga banyak melakukan keputusan yang merugikan negara.
Dahulu beliau yang mendaftarkan bak kut teh sebagai makanan warisan negara, kemudian membela tindakan kibaran bendera China di Teluk Intan dan kini menjadi ‘budak’ China untuk sambutan Tahun Baru China 2025.