Tindakan kerajaan negeri Selangor yang mengazetkan kawasan kubur mangsa 13 Mei sebagai kawasan perkuburan bukan Muslim pada 5 September lalu nyata mengundang kritikan orang ramai.
Pada 22 November juga, kerajaan negeri Selangor memberikan hak kepada NGO bukan Islam, Persatuan Sahabat Warisan Kuala Lumpur dan Selangor (Pesawa) untuk menguruskan kawasan perkuburan itu yang menempatkan 102 batu nisan termasuk 2 buah kubur orang Islam di kawasan tersebut.
Sekretariat Angkatan Islam Rakyat (AIR) tampil mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang menggazet kawasan itu sebagai tanah perkuburan bukan Muslim tanpa melakukan sebarang dialog atau penglibatan awam.
Hal ini menunjukkan kerajaan negeri langsung tidak mengendahkan mengeani kepentingan tatakelola apatahlagi melibatkan kepentingan orang awam.
Bukan sahaja AIR malahan NGO bukan Islam seperti Pesawa dan People’s Reform Movement akan mengambil tindakan untuk bertemu dengan pegawai tanah Pejabat Daerah dan Tanah Gombak bagi menjernihkan isu ini dan mendapatkan penjelasan lanjut.
Kurangnya Penekanan Tatakelola Dalam Menguruskan Kubur Mangsa 13 Mei
Kerajaan negeri Selangor dan Pejabat Daerah dan Tanah Gombak menunjukkan mereka langsung tidak menghiraukan soal tatakelola seperti yang ditekankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka sepatutnya menunjukkan pelaksanaan mekanisme yang baik dengan melakukan proses melibatkan pihak awam bagi membolehkan komuniti yang terjejas untuk mempertahankan haknya dengan jelas dan sah.
Hal ini boleh dikatakan bahawa tindakan mereka ini seakan ingin melepaskan tangan sahaja tanpa melihat dalam konteks yang lebih teliti dan besar.
Tanah perkuburan ini sudah pun lama dan mustahil untuk kerajaan negeri Selangor terlepas pandnag mengenai 2 buah kubur Muslim yang ada di tanah perkuburan tersebut.
Jika benar kerajaan negeri menggazet kawasan itu sebagai tanah perkuburan bukan Muslim atas sebab majoriti tanah kubur di sana milik bukan Muslim, kerajaan negeri boleh mengambil inisiatif untuk memindahkan 2 kubur milik orang Islam ke tanah perkuburan Islam yang lain selepas mengadakan pemakluman kepada orang awam.
Nampaknya kerajaan negeri hanya mengambil sikap tak acuh dan langsung tidak merasa sensitif dengan isu ini.