Tiong King Sing Tidak Hormat Identiti Nasional Dan Negara

identiti nasional

Kritikan Tiong King Sing terhadap tindakan DBKL yang melakukan operasi berskala besar terhadap premis-premis yang didakwa memasang papan tanda tidak memaparkan bahasa Melayu merupakan satu penghinaan kepada usaha memartabatkan identiti nasional iaitu bahasa Melayu.

Beliau yang merupakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya mengatakan bahawa tindakan tersebut sebagai satu bentuk perkauman nyata yang akan menghakis kepercayaan dan kerjasama antarabangsa seterusnya memberikan impak negatif terhadap kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Agak menjengkelkan apabila beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu sedangkan tanggungjawab beliau adalah mempromosikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik dengan identitinya.

Bahasa Melayu sudah lama dituturkan di Malaysia oleh rakyatnya sebelum negara ini merdeka dan terbentuk lagi pada tahun 1957 dan 1963.

Setiap negara itu ada identiti bahasa yang utama seperti dan sama seperti Malaysia yang mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya.

Pencampuran bahasa dengan alasan ingin menjaga hati kaum lain akan menjadikan pelancong asing keliru dengan identiti sebenar Malaysia.

Sesetengah pihak akan mendakwa ia sebagai keunikan tetapi sebenarnya ia merupakan satu imej yang mengelirukan.

Jika benar ingin memasukkan semua bahasa di dalam papan tanda, kaum lain di Sabah dan Sarawak juga berhak melakukan sedemikian namun atas semangat persekutuan Malaysia maka bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa utama di Malaysia.

Bahasa Melayu Adalah Identiti Nasional Yang Wajib Dipertahankan

Bahasa Melayu sudah sekian lama dituturkan oleh jutaan rakyat Malaysia malahan ia sudah menjadi bahasa utama masyarakat di Nusantara sebelum penjajah Portugis, Belanda, Jepun dan British datang lagi.

Malaysia sudah pun sebati dengan penggunaan bahasa Melayu hinggakan segala urusan rasmi wajib menggunakan bahasa Melayu.

Hal ini jelas bahawa bahasa Melayu merupakan imej ataupun identiti yang dekat dengan Malaysia dan wajar dikekalkan penetapannya.

Namun, Tiong King Sing yang baharu sahaja dua tahun menjawat jawatan di dalam Kabinet telah bersikap sombong dengan terus menolak pelaksanaan dwi bahasa untuk papan tanda di Malaysia.

Alasan beliau perlaksanaan itu hanya akan menakutkan pelancong asing sedangkan beliau sahaja yang berfikiran negatif sedemikian dan cuba untuk menakutkan orang ramai dengan dakwaan kosong itu.

Beliau sepatutnya berasa malu mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana beliau telah memegang jawatan yang penting dalam kerajaan.

Seruan untuk mengangkat agenda memartabatkan bahasa Melayu sepatutnya disambut dengan baik oleh beliau kecuali beliau mempunyai agenda jahat di belakang.

Jika beliau rasa berat dengan tanggungjawab untuk mengekalkan bahasa Melayu sebagai identiti nasional, lepaskan jawatan itu dan serahkannya kepada orang lain.

Tiong King Sing jelas tidak layak berada di dalam Kabinet kerajaan kerana bermentaliti seperti orang asing.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
identiti negara malaysia

BERJASA Pertahan Tindakan DBKL, Hapuskan Papan Tanda Tiada Bahasa Melayu Penting Untuk Identiti negara Malaysia

Next Post
hak bumiputera

Hak Bumiputera Wajib Dipertahankan Generasi Muda

Related Posts