Kerajaan pada minggu lalu telah membuat keputusan melantik U Mobile sebagai pengendali rangkaian 5G Malaysia nyata menimbulkan pertikaian ramai pihak.
Perlantikan syarikat yang dimilik majoriti sahamnya oleh syarikat pelaburan daripada Singapura iaitu Temasek Holdings melalui Straits Mobile Investment Pte Ltd dilihat mengejutkan memandangkan Malaysia memiliki syarikat telekomunikasi yang lebih kurang hebatnya seperti Maxis, Axiata dan Telekom Malaysia.
Bukan itu sahaja malahan didapati juga wujud penglibatan taikun ‘mahakaya’ iaitu Tan Sri Vincent Tan yang memiliki sebanyak 21.6% saham U Mobile yang pasti akan menimbulkan kegusaran pihak awam terhadap integriti bagaimana projek itu boleh diberikan oleh kerajaan.
Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif menegaskan bahawa kerajaan sepatutnya memikirkan kesan jangka panjang apabila memberikan projek 5G Malaysia ini ke tangan pihak asing kerana ia melibatkan soal keselamatan negara.
Forbes dalam artikelnya tahun lepas ada mengatakan bahawa “data is considered the new gold because it has become a critical raw material for producing digital products and services“.
Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa data kini merupakan instrumen penting untuk menguasai dunia ataupun negara maka pemberian projek ini tangan asing tidak boleh dipandang ringan.
Pemberian Projek 5G Malaysia Kepada U Mobile Mengejutkan Penganalisis Pasaran
Beliau menegaskan kerajaan perlu tampil memberikan penjelasan kepada orang ramai mengenai pemilihan U Mobile bagi mengelakkan spekulasi yang boleh menjejaskan kredibiliti kerajaan.
Sebelum ini kerajaan di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim sering mencanang mengenai integriti dan tatakelola namun sekarang ini kenyataan itu hanya cakap kosong sahaja.
Kerajaan perlu tahu bahawa keputusan ini juga dipersoalkan oleh penganalisis pasaran yang hairan mengapa CelcomDigi (CDB) dan Maxis Bhd tidak dipilih memandangkan dua buah syarikat ini merupakan operaor komunikasi terbesar di Malaysia.
Nyata keputusan kerajaan ini sudah mencemarkan imej mereka kerana terus meminggirkan “due diligence”.
Lebih baik untuk melantik dan mengutamakan syarikat tempatan yang berdaya saing berbanding syarikat luar kerana soal kedaulatan data tidak boleh dipandang ringan.