KDN Tarik Balik Larangan Terbit Komik Bekas Ahli DAP – Ancaman Komunis Dipandang Ringan?

kdn tarik balik

Keputusan terkini kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah tarik balik larangan komik berjudul ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ hasil tulisan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau nyata mendapat reaksi yang pelbagai daripada ramai pihak

Komik yang sebelum ini dikatakan mengandungi agenda komunis dan sosialis itu telah dibatalkan pengharamannya melalui Perintah Larangan oleh kerajaan tanpa penjelasan lanjut.

Penarikan pengharaman penerbitan komik itu nyata mengejutkan ramai pihak kerana selain daripada wujudnya unsur penyebaran komunis, komik itu juga menyampaikan mesej yang boleh menggugat ketenteraman awam terutamanya ke masyarakat Melayu dan Islam.

Mesej Komik Yang Agungkan Chin Peng Dan Hina Orang Melayu Islam Sebagai Radikal

Buku komik tulisan Hew Kuan Yau itu didapati ada menyelitkan paparan yang mengagungkan bekas Setiausaha Agung dan Ketua Umum Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dengan menggambarkannya sebagai seorang wira.

Mengagungkan Chin Peng yang terlibat dalam keganasan dilakukan oleh komunis merupakan satu penghinaan yang besar kepada orang Melayu dan Islam.

Komik itu menggambarkan pihak pengganas komunis telah dianiaya oleh kerajaan dan menyokong tindakan komunis dalam membunuh pihak polis, tentera dan orang kampung secara kejam.

Bukan itu sahaja malahan Hew Kuan Yau di dalam komik itu telah menggambarkan orang Melayu sebagai radikal dan ekstremis kerana menyokong nasib kaum Muslim Uyghur yang ditindas di China.

Ia berbunyi: “Pemuda Melayu yang radikal yang prihatin tentang pelaksanaan dasar etnik di Xinjiang menyebabkan mereka mempunyai tanggapan negatif terhadap China.

“Terutamanya dalam hal mengenai kerajaan China mengharamkan sekelompok minoriti Uighur yang terlibat dalam gerakan pemisah yang telah mengancamkan perpaduan dan keharmonian masyarakat.”

Adakah Hew Kuan Yew tidak tahu atau berbuat tidak tahu bahawa kaum Uighur ditindas disebabkan oleh pengharaman mereka untuk mengamalkan agama Islam?

Keadaan itu jelas menyebabkan kaum Uighur bangkit mempertahankan diri di Xinjiang dan dilabel sebagai pengganas oleh kerajaan China.

Jelas komik ini mempunyai asas untuk terus diharamkan kerana mengangkat pengganas komunis sebagai wira negara dan menghina orang Melayu yang bermajoriti Islam sebagai radikal.

Adakah Ancaman Komunis Kini Dipandang Ringan?

Timbul persoalan adakah ancaman ideologi komunis di Malaysia kini dipandang ringan oleh kerajaan? Malah ‘menariknya’ penarikan pengharaman ini dilakukan oleh kerajaan pada bulan kemerdekaan Malaysia iaitu bulan Ogos.

Pihak pengganas komunis telah membunuh ribuan insan yang tidak bersalah atas alasan tidak menyokong perjuangan mereka. Bukan sahaja orang Melayu sahaja dibunuh malahan kaum Cina dan India juga mendapatkan nasib yang sama.

Kerajaan sepatutnya sudah jelas bahawa komunis adalah musuh negara atas apa yang mereka lakukan dahulu maka penarikan pengharaman komik yang bersimpati kepada perjuangan komunis tidak sepatutnya berlaku.

Sungguh menyedihkan bulan Ogos yang merupakan bulan kemerdekaan bagi rakyat Malaysia dicemari dengan isu ini.

Bulan kemerdekaan sepatutnya dihiasi dengan kisah perjuangan pejuang kemerdekaan bukannya memberikan ‘kelebihan’ kepada pejuang komunis.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
harga rumah semakin mahal

Mengapa Harga Rumah Semakin Mahal & Apa Kesannya Kepada Rakyat?

Next Post
kebaikan dan keburukan tenaga nuklear di malaysia

Kebaikan Dan Keburukan Tenaga Nuklear Di Malaysia

Related Posts