DIN angkat Melayu dan Islam

SHAH ALAM – Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) bercadang melaksanakan Dasar Identiti Nasional (DIN) bagi membawa agenda bangsa Melayu dan Islam yang lebih unggul.

Presidennya, Zamani Ibrahim berkata, bagi menjayakan hasrat itu, Buku Impian Nasional (BINA2040) Berjasa diterbitkan bagi mengetengahkan enam teras utama membina perpaduan utuh.

Menurutnya, dasar utama perlu dilakukan adalah mengangkat hak keistimewaan bangsa Melayu tanpa sebarang kompromi.

“Antara teras utama adalah perlembagaan dan perundangan, politik dan kepimpinan, ekonomi dan sara hidup, pendidikan dan modal insan termasuk sains, teknologi serta alam sekitar.

“DIN perlu dibangunkan secara bersepadu dengan mengangkat bahasa Melayu dan agama Islam sebagai identiti utama negara.

Mengulas lanjut, Zamani berkata, Berjasa bukan sekadar beretorik dalam memperjuangkan bangsa Melayu, sebaliknya membuktikan bahawa setiap dirancang akan dilaksanakan secara tersusun.

Ujarnya, kerajaan hari ini dilihat tidak kompeten kerana gagal memacu pembangunan negara dan tiada tindakan proaktif dalam menangani isu nasional dalam tadbir urus negara.

“Berjasa akan bawa naratif Melayu dan buktikan melalui pelbagai program yang kita lakukan bersama cendekiawan negara dan juga badan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan ada solusi untuk membangunkan negara.

“Sebelum menjadi kerajaan juga kami sudah mula berbincang mengenai masalah tanah rizab Melayu, kepentingan orang Melayu, keamanan negara dan sumber nasional,” jelasnya.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, agenda Melayu perlu diangkat bagi menjamin masa depan negara yang lebih baik.

Katanya, Berjasa berperanan membawa hasrat itu supaya orang Melayu mampu mengukuhkan kedudukan politik dan ekonomi yang lebih cemerlang.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

The Lion Of Al-Aqsa Anjuran Wanita BERJASA Sepang Zahirkan Sokongan Buat Palestin

Next Post

BINA2040 cadang laksanakan Dasar Identiti Nasional

Related Posts