Dahulu Rafizi ‘Sekolahkan’ Najib Soal Cukai GST, Sekarang Anwar Kata GST Terbaik

cukai gst

Polemik mengenai cukai GST telah menunjukkan satu isu yang panas dahulu apabila Pakatan Harapan (PH) dengan rancaknya mengecam Dato Seri Najib Razak kerana melaksanakan GST sewaktu pemerintahannya.

Bertalu-talu kecaman dibuat terhadap beliau mengenai GST ini sehinggakan Lim Guan Eng pernah menyanyikan lagu memperolokkan GST di hadapan kanak-kanak sewaktu program pelancaran Tuisyen Rakyat di Jelutang pada tahun 2018.

Sebelum itu juga Rafizi Ramli pada tahun 2017 dalam artikelnya telah ‘menyekolahkan’ Dato Seri Najib Razak mengenai cukai ini dengan mengatakan GST dibuat atas sebab kerajaan berbelanja melebihi pendapatan maka hasil daripada cukai itu digunakan untuk menampung pendapatan negara.

Beliau dengan lagak pandainya telah memperkenalkan tiga kaedah yang akan digunakan oleh Pakatan Harapan untuk menampung perbelanjaan negara setelah GST dihapuskan.

PH mendakwa GST menyebabkan harga menjadi mahal namun cukai SST yang diperkenalkan oleh mereka bagi menggantikannya juga tidak mengubah senario kenaikan harga barang yang membelenggu rakyat.

Cukai GST Dimansuhkan 1 Jun 2018 Dan Kini Ada Ura-Ura Mahu Dilaksanakan Semula

Setelah pemansuhan cukai GST pada 1 Jun 2018 setelah naiknya PH 1.0 selepas PRU14 isu kos sara hidup rakyat tidak selesai malahan menjadi bertambah rumit.

Keputusan kerajaan terdahulu memansuhkan GST sebenarnya menjejaskan pendapatan negara maka tidak hairan mengapa kerajaan sekarang di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim rancak begitu agresif memperkenalkan pelbagai cukai baharu.

Hal ini dibuat bagi mengisi kelompongan hasil pendapatan negara yang rugi akibat pemansuhan GST.

Kini Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terang-terangan mengakui cukai GST adalah cukai yang terbaik dan ia merupakan sistem percukaian paling telus, efisien serta mampu menyumbang kepada pendapatan negara

Namun beliau menegaskan ia hanya boleh dilaksanakan semula selepas nilai ambang pendapatan berjaya ditingkatkan.

Setelah 6 tahun ia dimansuhkan kini beliau terpaksa menebalkan muka dengan mengakui ia perlu dilaksanakan oleh kerajaan semula.

Sudah jelas segala tohmahan dan rusuhan yang dibuat oleh mereka untuk menolak GST dahulu adalah satu tindakan bodoh yang memalukan.

Jika begini perancangan mereka dari sudut menguruskan ekonomi, apa gunanya menggantikan kerajaan dahulu yang kononnya zalim apabila memperkenalkan GST?

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
hapus tol

Dahulu Janji Mahu Hapus Tol, Kini Rancang Mahu Tambah Tol

Next Post
laut china selatan

Malaysia Bina Pangkalan Tentera Laut Di Sarawak Untuk Kekang China Di Laut China Selatan

Related Posts