Kebaikan Dan Keburukan Tenaga Nuklear Di Malaysia

kebaikan dan keburukan tenaga nuklear di malaysia

Sebelum ini penulis ada memuat naik sebuah artikel mengenai sumber nadir bumi (REE) di Malaysia dan manfaatnya kepada negara. Kini penulis ingin menerangkan pula mengenai tenaga nuklear dan memberikan maklumat lengkap tentang kebaikan serta keburukan tenaga nuklear di Malaysia.

Sebelum ini Kementerian Sans, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada Februari yang lalu telah menyuarakan komitmen untuk memperluas penggunaan teknologi nuklear di Malaysia.

Hal ini akan meliputi penggunaan dalam pelbagai sektor harian bagi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat seperti dalam sektor kesihatan dan pertanian.

Oleh hal yang demikian, semestinya ramai pihak terutama rakyat Malaysia ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai manfaat ataupun kebaikan tenaga nuklear di Malaysia.

Kebaikan Tenaga Nuklear Di Malaysia

Tenaga nuklear mempunyai beberapa kebaikan jika diaplikasikan di Malaysia terutamanya dalam konteks penyediaan tenaga yang mampan.

Dalam usaha Malaysia ingin memfokuskan kepada peralihan tenaga yang lebih hijau dan bersih, Malaysia boleh membangunkan sumber tenaga nuklear yang dilihat bersesuaian untuk objektif tersebut.

Tenaga nuklear dilihat dapat menghasilkan tenaga dengan emisi karbon yang sangat rendah yang akhirnya boleh membantu Malaysia dalam usaha mengurangkan jejak karbon dan mematuhi komitmen terhadap perubahan iklim di peringkat antarabangsa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pernah berkata bahawa rizab petroleum semasa Malaysia bagi hasil minyak dan gas dijangka dapat bertahan selama 15 tahun lagi maka tenaga nuklear dilihat dapat dijadikan sebagai sumber inisiatif.

Dengan penggunaan tenaga nuklear, Malaysia boleh mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil seperti minyak, gas dan arang batu yang bukan sahaja lama-kelamaan akan kehabisan sumber malahan harganya boleh berubah-ubah mengikut pasaran harga dunia.

Selain itu, penggunaan tenaga nuklear juga boleh mendorong perkembangan teknologi dan inovasi dalam negara serta melatih tenaga kerja dalam bidang yang berkaitan. Hal ini seterusnya dapat meningkatkan tahap pendidikan dan kemahiran teknologi di Malaysia.

Bukan itu sahaja malahan tenaga nuklear mampu menyediakan tenaga yang stabil dan berterusan kerana ia tidak terlalu bergantung kepada faktor cuaca seperti tenaga solar atau angin.

Permintaan tenaga yang semakin meningkat di Malaysia sehinggakan kerajaan perlu mengimport gas sepenuhnya menjelang 2050 untuk menjana tenaga elektrik maka peralihan kepada tenaga yang lebih bersih iaitu tenaga nuklear dapat mendatangkan banyak kebaikan kepada Malaysia.

Keburukan Tenaga Nuklear Di Malaysia

Walaupun terdapat pelbagai fakta yang menyokong kepada hujah kebaikan tenaga nuklear untuk dilaksanakan di Malaysia, masih wujud persepsi negatif segelintir masyarakat yang menganggap teknologi berbahaya.

Antara kebimbangan atau keburukan yang masyarakat lihat terhadap sumber tenaga nuklear untuk dilaksanakan di Malaysia ialah sisa radioaktif yang dihasilkan oleh loji nuklear sangat bahaya dan boleh kekal beracun selama beribu-ribu tahun.

Pengurusan sisa ini memerlukan teknologi dan infrastruktur yang sangat canggih dan mungkin mencabar serta mahal untuk dikendalikan dengan selamat.

Menyentuh soal kos pengurusan yang tinggi untuk menguruskan sisa nuklear, kos untuk membina loji tenaga nuklear adalah sangat tinggi serta memerlukan masa yang lama untuk dibina hinggakan ada yang mengambil masa lebih dari satu dekad.

Kos penyelenggaran dan pengendalian loji juga tinggi yang dikhuatiri boleh memberikan tekanan kepada ekonomi negara.

Hal ini dapat dibuktikan melalui kenyataan daripada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang memaklumkan kerajaan perlu mempunyai RM2.3 bilion untuk membina loji nuklear di Malaysia.

Masalah yang paling besar untuk dihadapi oleh kerajaan ialah mengenai penerimaan rakyat terhadap tenaga nuklear.

Mereka sering dimomokkan tentang bahayanya tenaga nukelar dan kerisauan itu ada kewajarannya kerana bimbang mengenai keselamatan, risiko kemalangan dan pencemaran radioaktif.

Kerajaan berdepan dengan risiko untuk berhadapan dengan ketidakstabilan sosial dan politik jika projek nuklear tidak diterima dengan baik oleh rakyat sendiri.

Walaupun sudah wujud langkah oleh kerajaan untuk memperluas penggunaan teknologi nuklear selaras dengan Dasar Teknologi Nuklear (DTNN) 2030, beberapa kebimbangan daripada rakyat juga perlu diambil kira seperti isu keselamatan, pengurusan sisa radioaktif, kos pembinaan yang tinggi dan penerimaan masyarakat.

Penilaian yang teliti perlu dilakukan sebelum melaksanakan tenaga nuklear sebagai sebahagian daripada pelan tenaga negara.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
kdn tarik balik

KDN Tarik Balik Larangan Terbit Komik Bekas Ahli DAP – Ancaman Komunis Dipandang Ringan?

Next Post
ekonomi gig malaysia

Ekonomi Gig Malaysia: Peluang Berganda Ataupun Beban Berganda?

Related Posts