Hari Hitam Parlimen Malaysia

Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Lukman Hakim

Shah Alam – Semalam telah berlangsungnya persidangan Parlimen bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan sama ada daripada pihak pembangkang mahupun kerajaan. Antara usul yang dibincangkan sepanjang persidangan tersebut antaranya usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12, garis panduan pengekstrakan sumber mineral dan isu kenaikan harga beras di dalam pasaran tempatan.

Antara usul yang ditunggu-tunggu di dalam persidangan semalam adalah isu melepas tanpa membebaskan (DNAA) yang melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang akan dijawab dan diterangkan sendiri oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Namun demikian, jangkaan untuk beliau menjawab usul itu dengan telus tidak tercapai apabila beliau bertindak cuba mengalihkan perhatian terhadap usul itu dengan menyerang pihak pembangkang di dalam Parlimen yang akhirnya menyebabkan susana Parlimen menjadi tidak terkawal.

Naib Presiden II BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim berkata, ahli-ahli Parlimen tidak kira di pihak pembangkang mahupun kerajaan telah gagal menghormati kemuliaan Parlimen sebagai tempat untuk membahas masalah rakyat. Laungan dan pekikan daripada ahli Parlimen menjadikan Parlimen langsung tidak ubah seperti zoo ataupun sarkas.

Tegas beliau, beliau menyelar tindakan Perdana Menteri yang jelas cuba tidak menjawab usul melibatkan kes DNAA Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi malahan melontarkan dakwaan yang tiada pembuktian kukuh terhadap ahli Parlimen daripada Putrajaya. Ini yang menjadi punca kepada hilang pertimbangan ahli Parlimen Putrajaya sehingga memaksa seluruh ahli Parlimen di sebelah pembangkang keluar dewan secara beramai-ramai sebagai tanda protes.

“Ini menampakkan bahawa ahli Parlimen yang dilantik rakyat bagi menggubal undang-undang demi kemaslahatan negara mengkhianati amanah dan mandat yang diberi. Banyak masa yang boleh dimanfaatkan oleh mereka untuk berbahas isu-isu yang melibatkan rakyat seperti kenaikan kos sara hidup, kedaulatan makanan dan keselamatan sempadan negara tetapi sebaliknya berlaku apabila mereka lebih teruja menyerang lawan mereka tanpa asas dakwaan dan bukti yang kukuh”.

“Dewan yang mulia jadi medan bertikam lidah, melempar tuduhan jahat dan fitnah dari kedua-dua belah pihak tanpa akhlak dan kredibiliti sebagai ahli Parlimen. BERJASA jelas mengutuk tindakan ini kerana langsung tidak mencerminkan kredibiliti sebagai pemimpin yang baik kepada rakyat. Banyak masa dan wang dibazirkan begitu sahaja semata-mata ingin mendengar mereka bertikam lidah mengenai perkara yang tidak penting”, jelas beliau.

Semalam, Dewan Rakyat kecoh apabila Datuk Radzi Jidin (PN-Putrajaya) bangkit meminta Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Johari Abdul mengarahkan Anwar menarik balik kenyataan yang didakwa sebagai sangkaan jahat terhadapnya.

Berlaku perbalahan di antara Perdana Menteri dan ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) apabila Anwar mengeluarkan kenyataan membabitkan Radzi.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Howard Lee Sudah Lampaui Batas, Manipulasi Agama Islam

Next Post

Kenyataan Fuziah salleh memakan diri

Related Posts