Ini Cadangan Untuk Syarikat Kapal Terbang MAS Terus Maju

kapal terbang mas

Syarikat kapal terbang MAS boleh dikatakan sebagai sebuah syarikat kebanggaan milik Malaysia dan setanding dengan jenama antarabangsa yang lain.

MAS yang kini dikenali sebagai Malaysia Aviation Group (MAG) dilaporkan telah mencatatkan keuntungan tahunan pertama dalam tempoh 10 tahun iaitu MAG mencatatkan keuntungan sebanyak RM766 juta berbanding kerugian RM344 juta dalam tahun 2022.

Namun sayangnya kini syarikat kebanggan Malaysia ini menghadapi masalah kekurangan jurutera pesawat akibat tawaran gaji yang lebih tinggi daripada syarikat penerbangan yang lain.

Keadaan ini telah menyebabkan beberapa insiden kapal terbang MAS menghadapi masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik.

Insiden ini akan mencalarkan imej MAS di mata dunia sedangkan MAS sedang dalam laluan yang tepat untuk membaiki jenamanya setelah mencatatkan keuntungan yang tinggi.

Syarikat Kapal Terbang MAS Perlu Lakukan Rasionalisasi Dalaman Dan Luaran

Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Lukman Al Hakim berpendapat MAS perlu melalukan rasionalisasi dalaman dengan meningkatkan kualiti tenaga kerja terutamanya di bahagian teknikal dan bahagian yang berinteraksi terus dengan pelanggan seperti kerani kaunter, khidmat pelanggan, pramugara dan pramugari.

Kualiti ini boleh dipertingkatkan dengan MAS melalukan penambahbaikan terhadap skim gaji, elaun, bonus dan pakej kebajikan pekerja.

Hal ini dapat meningkatkan motivasi pekerja MAS untuk memberikan servis yang lebih baik.

MAS juga mula mengalami kekurangan tenaga pakar dalam bidang kejuruteraan pesawat maka pembiayaan biasiswa kepada pelajar dalam bidang-bidang keperluan dan teknikal syarikat boleh dimulakan oleh MAS.

Selain itu, MAS perlu melakukan rasionalisasi laluan dan destinasi penerbangan untuk tujuan peningkatan keuntungan, bukan untuk memberi laluan mudah kepada Air Asia atas tekanan mana-mana pihak.

Firefly sebagai anak syarikat MAS sebenarnya mampu bersaing secara sihat dengan Air Asia dalam segmen pengangkutan udara tambang murah jika iklim perniagaan diatursemula.

Antara strategi ampuh dalam merasionalisasikan laluan dan destinasi penerbangan ialah memberikan fokus kepada ‘breadth‘ berbanding ‘depth‘.

Hal ini bermakna MAS perlu menambah lebih banyak destinasi baharu berbanding menambahkan kekerapan penerbangan ke destinasi sedia ada yang mana strategi ini telah terbukti berjaya mengikut pengalaman Qatar Airways.

Beliau juga mencadangkan agar MAS menambah laluan penerbangan ke ‘emerging countries‘ seperti di benua Afrika, Amerika Selatan selain Russia dan China dengan melakukan kajian ‘route commercial viability‘ yang lebih berani dan berdaya saing.

Pelaburan Berskala Tinggi Perlu Dimulakan Untuk Tingkatkan Imej Syarikat

Dalam usaha perancagan MAS ingin membuka laluan penerbangan yang baharu, pelaburan yang amat besar perlu dibuat untuk tujuan pemasaran.

MAS perlu memperluaskan usaha mendanai temasya sukan bertaraf dunia, pasukan sukan negara atau pasukan sukan antarabangsa contohnya kelab bolasepak terkemuka Asia (mendanai JDT adalah tindakan strategik yang telah diambil).

Contohilah PETRONAS yang dikenali dunia melalui menara berkembar (pelancongan), Formula 1 (sukan permotoran) dan juga pasukan badminton Malaysia yang merupakan antara yang terbaik di dunia

Beliau juga melihat strategik dengan syarikat penerbangan negara lain, termasuk membeli saham pemilikan bagi memperluaskan portfolio pelaburan MAS juga merupakan langkah berani yang harus dimulakan.

Penggabungan MAS dengan syarikat Oneworld tidak boleh dikatakan sebagai satu kejayaan yang besar kerana MAS perlu bersikap inovatif dalam kerjasama perniagaan mereka.

Begitu juga dengan strategi bagi mempelbagaikan pelaburan dalam segmen baharu seperti jet penerbangan peribadi (private jet), perhotelan, e-hailing, catering dan jualan barangan tanpa cukai yang pada pandangan saya boleh menambah keuntungan MAS.

Pertambahan keuntungan ini bakal membolehkan MAS membeli kapal terbang baharu lebih kerap bagi mengurangkan kos menyelenggara.

Memang benar dan diakui bahawa konflik yang melanda MAS sekarang antaranya disebabkan tempahan kapal terbang baharu yang lambat siap tetapi perancangan penukaran kapal terbang ini sepatutnya dilakukan secara lebih proaktif dan konsisten.

Mungkin MAS boleh belajar daripada Singapore Airline (SIA) yang memiliki purata umur pesawat paling rendah di dunia iaitu 6 tahun berbanding purata industri 12 tahun.

Memiliki pesawat baharu secara langsung akan membantu MAS membina ‘user experience‘ yang luar biasa dan sukar dilupakan melalui ketepatan masa penerbangan, keselesaan ruang penumpang, sistem ‘inflight anemities‘, kandungan hiburan, program loyalty Enrich, infrastuktur serta layanan di lounge dan mutu hidangan di dalam kapal terbang.

MAS perlu lebih berani berinovasi di dalam perniagaan mereka bagi bersaing sama tinggi dengan syarikat lain terutamanya di rantau Asia Pasifik.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
projek hsr

Projek HSR Bawa Kebaikan Atau Keburukan Kepada Malaysia?

Next Post
gerakan pemisah

Wujudkah Gerakan Pemisah Atau Separatisme Di Malaysia?

Related Posts