Projek HSR yang menghubungkan antara Malaysia dengan Singapura dilaporkan akan disambung kembali perancangannya susulan lawatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ke China baru-baru ini.
Sebelum ini Projek HSR ini telah dibatalkan projeknya oleh mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Malaysia atas sebab kedu-dua negara iaitu Malaysia dan Singapura gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang disarankan Malaysia menjelang tarikh akhir 31 Disember 2020.
Laporan daripada CNA dan Bloomberg melaporkan sumber yang sama mengatakan bahawa lawatan Sultan Ibrahim ke China itu bagi mencari sokongan pelaburan untuk projek infrastruktur di Malaysia termasuk Projek HSR itu sendiri.
Laporan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan daripada CEO MyHSR Corporation Sdn Bhd yang mengatakan bahawa pemilihan untuk pembekal alat teknologi Projek HSR masih dibuka untuk mana-mana syarikat yang berminat.
RHB Investment juga melaporkan konsortium yang disenarai pendek untuk peringkat kertas cadangan Projek HSR dijangka dibuat sebelum akhir suku ketiga 2024.
Hal ini pasti menimbulkan tanda tanya apakah yang menjadi faktor untuk projek ini disambung semula projek pembinaannya dan apakah kesan yang akan diperoleh oleh Malaysia jika projek ini berjaya disiapkan.
Kebaikan Dan Keburukan Projek HSR Kepada Malaysia
Penyelidik Utama, Kumpulan Integrasi OASIS (OIG), Dr Mohd Fahmy berpendapat projek ini sebenarnya masih lagi diperlukan kerana ia mampu menjadi pemangkin kepada ekonomi negara.
Antara manfaat yang bakal diperoleh oleh Malaysia melalui projek ini ialah ia berpotensi memberi pulangan dan manfaat dalam bentuk kenaikan nilai hartanah.
Bukan itu sahaja malahan manfaat seperti kepesatan ekonomi setempat, pemindahan teknologi, peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, kemasukan tenaga pakar ke dalam negara terutamanya dari Singapura dari aspek pelancongan.
Selain itu, perlaksaan projek ini dipercayai bakal meningkatkan mobiliti penduduk antara dua negara seterusnya bakal meningkatkan lagi aktviti ekonomi dan pengeluaran dalam negara.
Rakyat Singapura akan mudah untuk mendapat akses pengangkutan ke Malaysia seterusnya dapat meningkatkan kuasa beli mereka ketika berbelanja di sini.
Semestinya industri perusahaan kecil dan sederhana (IKS) akan mendapat manfaat yang besar hasil limpahan kuasa beli daripada rakyat Singapura yang datang melancong ke Malaysia.
Namun begitu, ada juga pihak yang melihat lebih baik bajet yang diperuntukkan untuk projek ini digunakan untuk memajukan sektor pengangkutan awam di Malaysia sahaja.
The Malaysian Reserves berpandangan seeloknya kerajaan memfokuskan untuk memajukan akses pengangkutan awam yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan bandar-bandar besar di Malaysia yang lain seterusnya merancakkan lagi ekonomi masyarakat setempat.
Bukan itu sahaja malahan penglibatan swasta sahaja di dalam projek ini juga dikatakan akan meningkatkan kos projek tersebut.
Ketidakterlibatan kerajaan dalam projek ini dikhuatiri akan melewatkan tempoh menyiapkan projek kerana kerajaan tidak terlibat di dalam proses pengambilan tanah serta perkara lain yang berkaitan dengan kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan.
Impak kelewatan membabitkan kerugian yang tinggi disebabkan lonjakan harga bahan mentah dan sumber seterusnya kos kenaikan itu akan dipindahkan kepada pengguna akhir dalam bentuk harga tiket.
Mengukuhkan Kuasa One Belt One Road Milik China Di Malaysia
Usaha menghidupkan kembali projek ini menunjukkan hasrat China untuk menghubungkan China-Laos-Thailand-Malaysia-Singapura semakin menjadi kenyataan.
Hal ini kerana, pada tahun 2021, China berjaya menghubungkan bandar di wilayah Yunnan China, Kunming dengan ibu negara Laos, Vientiane.
Melalui Laos pula, China merancang untuk meluaskan jajarannya ke Bangkok melalui pembinaan HSR di Thailand yang dijangka siap pada tahun 2028.
Kemudian, apabila HSR Thailand lengkap, China akan membina HSR menyambungkan Thailand-Utara Malaysia-Kuala Lumpur.
Akhir sekali, pembinaan HSR Kuala Lumpur-Singapura akan melengkapkan peta jajaran PenChinaan di Asia Tenggara.
Selepas terbinanya projek ECRL hasil kerjasama antara Malaysia dan China, kini Projek HSR pula akan terbina di Malaysia dengan adanya pelaburan dan sumbangan dana yang besar daripada China.
Impian China untuk menghubungkan jalan ekonomi melalui laut dan darat di Malaysia semakin hampir tercapai dengan adanya projek ECRL dan HSR ini dengan menggunakan nama projek One Belt One Road (OBOR).