Calon Dun Nilai: Nilai tiada hospital, ini sebuah kegagalan

calon dun nilai
calon dun nilai

NILAI, 24 Julai – Keperluan pembinaan sebuah hospital di Nilai menjadi antara isu utama yang dibangkitkan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Nilai, Ustaz Zamani Ibrahim ketika menyampaikan ucapan dalam program Speaker Corner di Pasar Malam Nilai Perdana, petang semalam.

Menurut beliau, pertambahan penduduk serta perkembangan pesat Nilai sebagai kawasan bandar menuntut kerajaan memberi keutamaan kepada pembinaan sebuah hospital bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan penduduk.

Ustaz Zamani berkata alasan yang sering diberikan bahawa Nilai belum mempunyai jumlah penduduk yang mencukupi untuk pembinaan hospital adalah sukar diterima.

Di Rembau penduduk ada 40 ribu, ada hospital, Kuala Pilah ada 70 ribu penduduk ada hospital, tapi Nilai ada 120 ribu penduduk tiada hospital. Ini merupakan kegagalan,” katanya yang merupakan bekas
Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Beliau mendakwa terdapat daerah di Negeri Sembilan yang mempunyai jumlah penduduk lebih rendah tetapi telah menikmati kemudahan hospital kerajaan, sedangkan Nilai yang mempunyai populasi lebih besar masih belum memiliki hospital sendiri.

Kalau alasan diberikan kerana jumlah penduduk tidak mencukupi, saya rasa alasan itu perlu dinilai semula. Nilai telah berkembang pesat dan keperluan terhadap hospital semakin mendesak,” katanya.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan alasan bahawa pembinaan hospital tidak dapat dilaksanakan kerana memerlukan kawasan tanah seluas 30 hingga 40 ekar.

Menurutnya, kekangan tanah tidak seharusnya menjadi halangan untuk menyediakan kemudahan kesihatan kepada rakyat kerana reka bentuk hospital moden boleh disesuaikan dengan keluasan tanah yang ada.

Kalau sukar mendapatkan tanah yang luas, carilah tapak sekitar 20 ekar dan bina hospital secara bertingkat. Negara seperti Singapura yang mempunyai keluasan tanah terhad juga mampu membina hospital moden secara menegak,” katanya yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Usuludin, Universiti Al-Azhar Mesir.

Beliau berpendapat alasan-alasan sedemikian hanya menggambarkan kegagalan dalam mencari
penyelesaian terhadap keperluan rakyat.

Katanya, pembinaan hospital di Nilai tidak boleh lagi ditangguhkan memandangkan kawasan itu bukan sahaja mencatat pertumbuhan penduduk yang pesat, malah semakin ramai penduduk memasuki fasa warga emas yang memerlukan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih dekat dan berkualiti.

Kita bukan bercakap tentang pembangunan semata-mata, tetapi tentang keperluan asas rakyat. Apabila bilangan penduduk bertambah dan semakin ramai memasuki usia emas, sebuah hospital di Nilai bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan,” katanya.

Ustaz Zamani akan berdepan dengan calon PH, Arul Kumar, calon BN, Lai Chien Kong, calon Bersatu, Datuk V. Saravanan Kumar Veerasamy dan calon bebas, Omar Mohd Isa.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
tawaran dun nilai

PRN Negeri Sembilan: BERJASA Lancar ‘Tawaran BERJASA Untuk Nilai’ Esok, Diserikan Sesi Townhall

Next Post
dun nilai

Calon DUN Nilai: Langkah Pertama BERJASA di Peti Undi Demi Penyatuan Ummah

Related Posts