Apa Sudah Jadi Dengan MAS?

Laporan yang menunjukkan lima kes kapal terbang milik Malaysia Airlines (MAS) berpatah balik, dilencongkan dan mendarat secara cemas dalam masa empat bulan membuktikan wujudnya masalah kronik yang bersifat sistematik.

Wujud juga laporan terhadap MAS yang mendakwa banyak jadual penerbangan yang terpaksa disusun semula disebabkan oleh kekurangan kapal terbang.

Setelah disiasat dan didesak oleh ramai pihak untuk mengetahui punca sebenar kepada isu ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengakui antara faktor kepada berlakunya kejadian ini adalah disebabkan oleh perletakan jawatan secara beramai-ramai juruteknik dan jurutera pakar yang membaiki kapal terbang MAS.

Hal ini juga disahkan dan disokong oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mendedahkan 63 daripada 411 kakitangan Perkhidmatan Kejuruteraan MAB yang layak telah meletak jawatan secara Januari.

Tambah kenyataan ini lagi, perletakan jawatan ini mungkin disebabkan oleh tawaran gaji yang lebih menarik daripada syarikat penyelenggaraan lain.

Kerajaan Gagal Menjaga MAS Dengan Baik

Malaysia Aviation Group (MAG) pada Mac yang lalu telah mencatat untung bersih buat kali pertama sejak 2010 sebanyak RM766 juta pada tahun kewangan penuh 2023 berbanding kerugian bersih RM344 juta pada tahun sebelumnya.

Namun demikian, kecemerlangan milik syarikat penerbangan kebanggan negara ini tidak berjaya dikekalkan dalam tempoh yang lama selepas munculnya krisis pekerja kejuruteraan MAS meletakkan jawatan secara beramai-ramai sehingga mengganggu kelancaran operasi penerbangannya.

Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Lukman Al Hakim mendakwa sebenarnya jurutera penerbangan MAS ini telah menyertai Singapore Airline Engineering Company (SIAEC).

Tambahan pula SIAEC ini diberikan keizinan untuk memiliki bengkel pembaikan kapal terbang di Lapangan Terbang Subang dengan pajakan selama 15 tahun melalui kerjasama dengan anak syarikat Khazanah Nasional Berhad iaitu IVP.

Beliau melihat ini satu tindakan pembodohan yang dilakukan oleh kerajaan dan seakan satu plot terancangan untuk menjahanamkan dan mensabotaj MAS.

Kerajaan dilihat gagal untuk menjaga syarikat milik kerajaan dengan hanya bijak menyalahkan orang lain tanpa sedar mereka sebenarnya ada upaya untuk menyelesaikan isu ini.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Peniaga China Bunuh Ekonomi Produk Malaysia

Next Post

Ayuh Perkasakan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia

Related Posts