Insiden Anthony Loke menyerahkan hadiah kepada Presiden China, Xi Jinping dalam keadaan tidak rasmi dan tanpa kehadiran Perdana Menteri atau Yang di-Pertuan Agong, adalah satu penghinaan terhadap maruah diplomatik negara.
Pemberian sebuah pinggan berukir naga bernilai kurang RM5,000 oleh seorang menteri kanan kepada pemimpin negara besar dunia, dilakukan di lorong belakang bangunan?, dengan suasana yang kelihatan tidak dirancang dan tidak berprotokol — benar-benar memalukan Malaysia di mata antarabangsa. Dalam dunia diplomasi, lokasi dan susunan acara adalah simbol maruah negara. Tetapi apa yang berlaku menunjukkan seolah-olah Malaysia tidak lagi peduli tentang imejnya.
Lebih mengecewakan, tiada kehadiran Perdana Menteri, tiada penglibatan Kementerian Luar, dan tiada protokol rasmi kerajaan. Anthony Loke pula menyatakan dia menyerahkan hadiah itu “atas nama rakyat Malaysia” — siapa beri mandat itu? Siapa luluskan bentuk, nilai dan kandungan hadiah tersebut?
Diplomasi bukan medan gimik. Ia memerlukan ketelitian, protokol dan prinsip. Bila seorang menteri boleh sesuka hati menyerahkan hadiah murahan di lokasi tidak bermaruah kepada pemimpin negara luar, itu bukan lagi penghargaan — itu adalah penghinaan terhadap negara sendiri.
Dalam keadaan Amerika Syarikat mengatakan Malaysia tiada duit, sepatutnya pemimpin-pemimpin Malaysia membuktikan bahawa mereka salah, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Dihinanya pemimpin besar dunia dengan hadiah yang tiada nilai dan tanpa protokol seolah-olah iainya meng-iakan apa yang Amerika Syarikat melabel negara kita.
Admin Gelombang Berjasa