George Town Festival Hanya Tonjolkan Budaya Cina & India, Tiada Budaya Melayu

george town festival

GEORGE TOWN Institut Kesedaran Rakyat (IKR) telah menyelar penganjur George Town Festival 2024 (GTF 2024) yang menyifatkan mereka sebagai tidak menjaga sensitiviti masyarakat Melayu di Pulau Pinang. Hal ini susulan sedutan video mempromosi sambutan acara tahun George Town Festival ini hanya memaparkan budaya Cina dan India sahaja.

Pengerusi IKR Abdul Rahman Maidin mendakwa klip video tersebut membawa tanggapan bahawa Pulau Pinang eksklusif kepada kaum Cina dan India dan menurutnya ia tidak langsung memaparkan budaya Melayu.

Beliau juga mendakwa video itu langsung tidak sensitif kepada wujudnya kaum Melayu di Pulau Pinang seolah-olah Melayu tiada langsung di Pulau Pinang.

Abdul Rahman menyatakan sesuatu program yang dilakukan di atas nama negeri perlu memperlihatkan peranan kaum-kaum yang ada, khususnya kaum Melayu yang merupakan kaum majoriti di negara ini.

Sebelum ini, pihak George Town Festival mengeluarkan sebuah sedutan video bagi mempromosi sambutan acara itu yang akan berlangsung dari 9 hingga 28 Julai di Pulau Mutiara itu.

Klip video berdurasi satu minit 47 saat yang dihasilkan oleh Image Farm Productions itu mendapat perhatian kerana dilihat hanya memaparkan unsur budaya Cina dan India, pada masa sama tidak menunjukkan unsur budaya Melayu.

Susulan timbulnya isu ini, pengarah artistik GTF 2024, Ling Tang berkata video tersebut dihasilkan untuk menunjukkan kepakaran yang dikuasai oleh seniman terpilih dalam bidang masing-masing.

Ling turut menyatakan permohonan maaf kepada pihak yang tersinggung berhubung video itu.

Kini seakan-akan terdapat banyak cubaan untuk menjejaskan identiti negara Malaysia dengan cuba mengenepikan identiti Melayu seperti cubaan pewartaan Kampung Baru Cina sebagai Tapak Warisan UNESCO dan mengangkat sup bak kut teh sebagai makanan warisan negara.

SUMBER – Malaysia Kini

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
kampung sungai baru kerajaan madani

Kerajaan Madani Jangan Zalim Dengan Kampung Sungai Baru

Next Post
nama penjajah

Tukar Nama Penjajah Kepada Nama Tempatan

Related Posts