Kampung Baru Cina Sebagai Tapak UNESCO, Satu Usaha ‘Ethnocide’ Oleh Kerajaan

BANGI – Kenyataan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkenaan nominasi Kampung Baru Cina di Selangor dan beberapa lagi di Malaysia sebagai tapak warisan UNESCO adalah amat menjengjkelkan, tindakan yang berat sebelah dan menunjukkan semangat kecinaan yang menebal dalam diri beliau. Cadangan untuk menjadikan Kampung Baru Cina sebagai tapak warisan UNESCO ini merupakan satu langkah “ethnocide” daripada kerajaan.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata terma “ethnocide” ini pernah diungkapkan oleh pakar sejarah iaitu Prof Dato’ Dr. Murad Merican yang merujuk ia sebagai penghapusan identiti etnik secara terancang sejak dahulu lagi bagi mengangkat naratif orang-orang Cina yang membangunkan Selangor dan Kuala Lumpur. Ia seakan satu gerakan terancang untuk memaksa budaya kaum mereka dijadikan sebagai budaya negara ini.

Hal ini sekaligus mengenepikan naratif kebudayaan orang Melayu sebagai pihak asal yang membangunkan Kuala Lumpur dan Selangor yang akhirnya akan mengusir orang Melayu untuk keluar daripada tinggal di bandar.

“Sejak dari dahulu lagi memang terdapat “white paper” yang menggunakan migrasi orang cina melalui kampung baru untuk mewujudkan bandar- bandar kolonial. “White paper” tersebut telah meletakkan perancangan bandar dan kemudahan yang dinikmati oleh orang cina dan mana- mana orang yang ingin berasimilasi ke dalam identiti bandar kolonial itu , yang membawa identiti yang lain dari identiti sebenar tanah berdaulat ini. Kajian terperinci ada dijalankan IRIS Institute mengenai Pembandaran Kolonial ini”.

“Sekian banyak Kampung Melayu yang wujud ratusan tahun lebih awal di seluruh tanah air, langsung tidak diambil kisah. Jika beliau mengatakan ia wajar atas dasar sejak tahun 1948 Kampung Baru Cina telah wujud, maka kampung-kampung dan penempatan Melayu di Selangor, Kuala Lumpur dan Semenanjung terutamanya lebih layak dan utama untuk dijadikan Tapak Warsian Dunia. Malah, Kampung Baru Melayu di Kuala Lumpur lebih layak untuk diangkat terlebih dahulu”.

“Di Pulau Pinang misalnya, Kampung Batu Uban yang merupakan identiti asal Pulau Pinang jauh lebih awal daripada penempatan Kampung Baru Cina. Kerajaan langsung tidak mengambil sebarang usaha pemuliharaan warisan sejarah dan identiti negara. Yang mereka fokuskan hanyalah Kampung Baru Cina”, tegas beliau.

Beliau melihat kerajaan bersikap berat sebelah dan bertindak meminggirkan warisan bangsa lain. Pulau Pinang mempunyai lebih 500 warisan sejarah namun dipinggirkan tanpa sebarang kerja pemulihan. Malahan kerja tambakan laut di negeri itu menyebabkan banyak kawasan kampung Melayu terkesan.

“Kampung Baru Cina wujud atas dasar penempatan semula oleh British. Parti DAP pula memang sudah lama ingin memaksa budaya budaya kecinaan mereka ditonjolkan di sini tanpa menghormati kaum peribumi. Mereka pernah menuntut pajakan 999 tahun geran tanah di Perak, menceroboh tanah rizab di Raub dan Manjung”.

“Jelas DAP adalah parti perkauman dan saya menyeru seluruh rakyat Malaysia menolak parti ini daripada politik negara kita”, kata beliau.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pengampunan Diraja: Adakah Negara Ke Arah Budaya Baru Impuniti?

Next Post

Ambil Graduan Asing Bekerja: Jangan Hina Graduan Tempatan

Related Posts