Kemukakan Langkah Pencegahan Untuk Elakkan Rakyat Ketakutan – Hamdan Shariff

Hamdan Sharif Ketua Penerangan BERJASA
Hamdan Sharif

KUALA LUMPUR: Kerajaan disarankan menangguhkan kemasukan pelancong-pelancong dari China sehingga penularan kes COVID-19 di negara berkenaan menunjukkan trend penurunan.

Ia susulan kerajaan China mengumumkan pembukaan semula pintu sempadan bermula 8 Januari ini, serta memansuhkan peraturan kuarantin bagi membendung jangkitan penyakit tersebut.

Ketua Penerangan BERJASA, Hamdan Shariff menegaskan bahawa kemasukan pelancong dari negara Cina yang tidak terkawal mampu membawa mudarat besar kepada para penduduk negara ini.

Beliau menggesa kerajaan menggariskan strategi tindakan kawalan kepada isu penularan virus yang bakal menghadapi negara ini. “Jika sudah mempunyai strategi kawalan, mohon kerajaan kongsikan pada umum agar pergerakan rakyat kekal aman dan makmur” tambah beliau.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ketua Pemuda BERJASA Fahmi Bazlan

Cantas Ekstremis Kaum dan Agama Melalui Pemerkasaan Kementerian Perpaduan – Ketua Pemuda BERJASA

Next Post
Ketua Pemuda BERJASA Fahmi Bazlan

Pembangunan Orang Asli Masih Diketepikan – Ketua Pemuda BERJASA

Related Posts