Adakah UiTM Merupakan ‘Alat’ Rasis Orang Bumiputera?

UiTM

BANGI – Sudah banyak suara sumbang yang berniat jahat mengatakan institusi pendidikan khas untuk Bumiputera iaitu UiTM sebagai ‘alat’ rasisme orang Bumiputera khususnya Melayu terhadap kaum lain. Mereka cuba menyamakan kononnya tindakan ‘perkauman’ ini sebagai satu diskriminasi kepada kaum lain seperti Cina dan India dari segi hak pendidikan yang wajar diperoleh sedangkan wujud sahaja universiti lain selain daripada UiTM di Malaysia yang membuka ruang dan peluang yang luas buat masyarakat bukan Melayu.

Mungkin mereka tidak sedar atau buta sejarah mengenai perjuangan orang Melayu dahulu yang begitu bersungguh-sungguh menentang Malayan Union. Mereka sudah menduduki dan membina kerajaan di tanah bumi bertuah ini lebih 3000 tahun dan mereka sudah tiba di tanah ini lebih 60,000 tahun, maka apa gunanya generasi terdahulu bertoleransi memberikan ‘anugerah’ kerakyatan kepada 1 juta orang Cina dan India melalui jus soli di bawah pemerintahan Malayan Union.

Kini orang Melayu sanggup ‘berlapang dada’ dengan ‘pemberian’ 1 juta kerakyatan itu dengan pengekalan hak kedudukan Islam sebagai agama rasmi, pemilikan tanah rizab Melayu, kedudukan raja-raja Melayu, adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam kerajaan serta hak pendidikan yang tidak boleh disentuh termasuk UiTM itu sendiri sebagai ganti.

Generasi terdahulu daripada kaum Cina dan India dahulu sudah pun bersetuju dengan peruntukan yang diterjemah dalam perlembagaan dan keistimewaan yang telah ada untuk rakyat bumioutera ini dan kini anda pula mahu membantah kononnya atas dasar perpaduan dan toleransi.

Tun Tan Siew Sin daripada MCA juga pernah berkata: The Malays, through UMNO were generous enough to relax the citizenship laws of this country …. MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of Malays“. Kenyataan beliau ini direkodkan pada 30 April 1969.

Adalah suatu kemungkinan bahawa golongan yang meminta hak sama rata dalam soal pendidikan ini beranggapan bahawa orang Melayu akan berlembut dan mengikuti sahaja ‘kehendak’ mereka. Namun begitu, penting untuk ditekankan, tidak selamanya masyarakat Melayu akan ‘memekakkan telinga’ dengan satu persatu ‘polemik’ yang sengaja ‘dicipta’ dan dibangkitkan kerana ini melibatkan maruah dan kedudukan mereka di negara ini.

Oleh itu, isu UITM ini bukanlah sebagai ‘alat rasis’ yang ingin digunakan, namun hanyalah suatu hak yang perlu dipertahankan dan diperjuangkan selamanya oleh orang Melayu dan kaum Bumiputera yang lain selari dengan semangat yang ada dalam perlembagaan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
UiTM

Kekalkan UiTM Sebagai hak Milik Bumiputera

Next Post
inflasi

Inflasi Malaysia Catat Peningkatan 2.5 Peratus Pada 2023

Related Posts