BERJASA Sokong PN Dalam PRK Sungai Bakap

PRK Sungai Bakap

BANGI – BERJASA dalam kenyataan media terbarunya menyatakan mereka sebulat suara dan secara bersama menyokong calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap pada 6 Julai ini. Keputusan sokongan BERJASA kepada calon PN yang akan bertanding dalam PRK ini dibuat melalui Majlis Kepimpinan Tertinggi BERJASA.

Kenyataan media yang disampaikan oleh Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif dengan tegasnya menolak calon yang diletakkan oleh Pakatan Harapan (PH) yang sememangnya dilihat bersekutu dengan segala tindakan oleh Kerajaan Pusat walaupun mendapat tentangan ramai pihak hatta rakyat yang begitu terkesan di bawah pentadbiran kerajaan semasa.

Mereka melihat rakyat amat bimbang dengan masalah bekalan air yang berterusan, penghapusan subsidi dan kenaikan harga diesel yang dikhuatiri akan kepada petrol pada masa akan datang. Kerajaan dilihat langsung tiada perancangan untuk menangani impak kenaikan kos sara hidup, mahupun perancangan untuk penggunaan dana segera yang terhasil dari penghapusan subsidi tersebut.

Kerajaan sekarang masih bermentaliti pembangkang dan begitu selektif dalam memberi respon terhadap isu-isu yang menjadi sensitiviti rakyat Melayu dan Islam malah banyak mengambil langkah dan tindakan yang menguntungkan pihak luar dari rakyat tempatan.

Bukan itu sahaja malahan isu seperti penjualan saham MAHB kepada GIP, lanjutan pengecualian
visa kepada rakyat China dan pelbagai lagi yang secara perlahan-lahan menjadikan nasib rakyat dan generasi hadapan dari segi ekonominya, sosialnya dan pelan pendidikannya terus dalam ketidakpastian.

BERJASA menyeru kepada semua pengundi PRK Sungai Bakap memberikan signal jelas kepada kerajaan dengan turun beramai-ramai mengundi calon PN di dalam PRK nanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon bertanding Sabtu lepas hingga 11.59 malam, 5 Julai yang akan mempertemukan Abidin Ismail calon daripada PN dan Dr Joohari Ariffin calon daripada PH.

Kerusi DUN Sungai Bakap mempunyai 39,279 pemilih terdiri daripada 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
bruno mars

Konsert Bruno Mars: Usah Jadi ‘Enabler’ Pendokong Israel – Ketua Pemudi BERJASA

Next Post
harga barang komoditi

Pakar Ekonomi Antarabangsa Gesa Malaysia Hapuskan Harga Kawalan Barang Komoditi

Related Posts