Perdana Menteri perlu Jawab Surat Dr. Abdul Fattah

GOMBAK – Sebuah surat yang ditulis oleh Prof Dr Abdul Fattah El-Awaisi Al-Maqdisi dan ditujukan kepada Perdana Menteri Malaysia perlu dijawab segera.

Sebagai Perdana Menteri yang memimpin sebuah negara Islam, rakyat mahu agar kata-kata yang disuarakan diterjemahkan dengan tindakan.

Demikian gesaan Muhammad Amirul Arif bin Adzhar, Jawatankuasa Negeri Berjasa Selangor, yang juga menyeru kepada solidariti untuk menafikan normalisasi Israel.

Surat itu ditulis Prof Dr Abdul Fattah El-Awaisi Al-Maqdisi, yang masih menunggu tindakan praktikal daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu rakyat Palestin di Gaza.

Menerusi ciapan X hari ini, Abdul Fattah berkata, sekarang adalah masa untuk bertindak bukan lagi masa untuk berkata-kata dan ucapan semata-mata.

“Keluarga anda di Gaza sedang menunggu dan seluruh umat Islam sedang menunggu tindakan praktikal yang serius di lapangan untuk membantu keluarga kita di Gaza,” tulisnya.

Surat tersebut disiarkan oleh sebuah portal berita tempatan TV Pertiwi, yang bersumber dari ciapan X Prof Dr Abdul Fattah El-Awaisi Al-Maqdisi.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Zionis Sudah melampaui Batas, Bersikap Keji

Next Post

Kerajaan perlu Tolak Two-States Solution

Related Posts