Anwar Ibrahim Terlalu Fokuskan Pada Survival Politik Sendiri

anwar ibrahim

KUALA LUMPUR – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Perdana Menteri kerajaan kini, Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih mementingkan survival politik berbanding prestasi kerajaan yang sepatutnya difokuskan oleh beliau. Anwar Ibrahim disifatkan tidak mampu menterjemahkan populariti mereka ke arah membentuk pentadbiran yang berkesan.

Beliau juga berpandangan Jemaah Menteri Anwar Ibrahim memiliki ramai ahli politik yang baik tetapi kurang cekap dalam pentadbiran kerana tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi.

““Jemaah Menteri tidak merangkumi pentadbir yang baik. Mereka ahli politik baik, tetapi bukan pentadbir baik. Jadi, mereka tidak memimpin negara (dengan baik),” katanya dalam wawancara khas bersama FMT.

“Anwar tidak memberikan kepimpinan sepatutnya kerana beliau sibuk mengurus orang yang menentangnya,” katanya memetik contoh siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap anak-anaknya, Mokhzani dan Mirzan, serta bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin.

Mahathir turut menyuarakan kebimbangan terhadap sikap kerajaan yang dianggap tidak mesra perniagaan, bahkan boleh memberikan kesan buruk terhadap keupayaan menarik pelaburan langsung asing serta potensi dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

“Kerajaan tidak berfungsi dengan baik dan disebabkan itu, ekonomi tidak dapat berkembang.”

Beliau turut mengkritik pendekatan kerajaan dalam menangani kenaikan kos sara hidup dan berpendapat kenaikan cukai serta rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan terburu-buru itu telah membebankan rakyat.

Katanya, peningkatan cukai dan perubahan dasar sepatutnya dilaksanakan secara beransur-ansur bagi mengurangkan gangguan terhadap rantaian bekalan serta pengguna.

“(Kalau) mahu naikkan cukai dan sebagainya, lakukannya secara beransur-ansur, bukan sekali gus. (Harga diesel) naik RM1.20 (seliter), satu kenaikan besar dan itu membuatkan orang ramai menderita.”

Rasionalisasi itu yang berkuat kuasa 10 Jun lalu menyebabkan harga diesel naik kepada RM3.35 seliter, tetapi kerajaandikatakan mampu melakukan penjimatan sebanyak jimat RM4 bilion setahun.

Pada 1 Mac lalu, kerajaan menaikkan cukai perkhidmatan daripada 6% kepada 8% dan memperluaskannya kepada beberapa sektor. Kenaikan itu yang tidak termasuk barangan keperluan seperti makanan dan minuman serta perkhidmatan telekomunikasi, dijangka menjana hasil tambahan sebanyak RM3 bilion.

SUMBER : Free Malaysia Today

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
two-state solution

Kerajaan Malaysia Sokong “Two-State Solution” Untuk Isu palestin-Israel

Next Post
olimpik paris 2024

Hannah Yeoh Cuba ‘Cuci tangan’ Daripada isu Baju Kontinjen Olimpik Paris 2024

Related Posts