Kerajaan Malaysia Sokong “Two-State Solution” Untuk Isu palestin-Israel

two-state solution

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Mohammad Hasan dalam kenyataan beliau di dalam persidangan Dewan Rakyat berkata Malaysia optimis untuk menyokong penuh sebarang usaha untuk menghentikan konflik di Palestin termasuk menggunakan cara “two-state solution”. Beliau percaya kaedah “two-state solution” ini mampu menghentikan pembunuhan terhadap rakyat Gaxa.

“Sekarang ini cara mana untuk kita pastikan bahawa kekejaman pembunuhan rakyat Palestin ini dihentikan dan atas platform apa termasuk, kita menyokong penuh usul yang telah dilakukan termasuk bermula oleh Perjanjian Oslo 1993 (yang ditandatangani di Washington) dan di Taba, Mesir.

“Kita akan terus menyokong apa juga usaha termasuk menyelesaikan konflik dan masalah di Palestin ini melalui penyelesaian dua negara,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Berdasarkan kenyataan ini, jelaslah bahawa kerajaan seakan tidak sensitif dengan isu ini kerana solusi penyelesaian dua negara ini ditolak sepenuhnya bukan sahaja Hamas yang mewakili Palestin mahupun Israel juga sekeras-kerasnya menolak solusi ini. Dalam kenyataan yang terbaru juga kerajaan Israel dengan nekad ingin meluaskan radius serangan hingga ke Rafah maka tiada tanda mereka akan menyokong solusi yang karut ini.

Cara penyelesaian ini juga pernah digunakan oleh Yasser Arafat dahulu namun tidak berjaya. Pada masa itu, Yasser Arafat setuju dengan solusi ‘two state solution’ dan begitu juga dengan pihak Israel. Akan tetapi mereka tidak tunaikan janji tersebut.

Hingga kini pun, sudah banyak tanah milik orang Palestin dirampas saban tahun dengan kekerasan malahan rakyatnya dibunuh secara kejam oleh tentera Zionis.

Jika kerajaan masih lagi bertegas dengan pendirian “two-state solution” itu, penindasan terhadap rakyat Palestin tidak akan selesai malahan mungkin Palestin selepas ini terus lenyap daripada peta dunia.

Sebelum ini, BERJASA secara sepenuhnya menyatakan pendirian menolak penyelesaian dua negara isu pembebasan negara Palestin bagi membebaskan negara Palestin secara total dari penjajahan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

BERJASA Sepang Membuat Agihan Daging Korban Di Kampung Ginching

Next Post
anwar ibrahim

Anwar Ibrahim Terlalu Fokuskan Pada Survival Politik Sendiri

Related Posts