Anwar Ibrahim Mampu Dijatuhkan Di Parlimen

BANGI – Usul undi tidak percaya di Parlimen mampu menjatuhkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Perdana Menteri setelah menilai rekodnya yang buruk sejak mentadbir kerajaan sekarang ini. Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilihat lebih ghairah menyerang musuh politiknya daripada membangunkan ekonomi negeri seterusnya mendatangkan rasa kurang senang ahli-ahli Parlimen yang lain terutamanya daripada parti komponen kerajaan.

Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim berkata usul undi tidak percaya pasti akan berlaku terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim jika keadaan sekarang tidak banyak berubah. Beliau melihat trend Anwar Ibrahim bukannya sebagai pemimpin negara namun ia lebih kepada trend seorang pendendam dan ingin bermusuh dengan pembangkang.

“Dalam soal pertukaran Perdana Menteri di negara kita, ada empat situasi yang boleh berlaku. Pertama, pertukaran jawatan Perdana Menteri secara harmoni seperti yang berlaku pada Tun Abdullah Badawi kepada Dato’ Seri Najib Razak akibat desakan daripada Tun Dr. Mahathir. Yang kedua, pertukaran secara demokrasi apabila parti Perdana Menteri itu kalah di dalam pilihan raya seperti mana yang berlaku terhadap Dato’ Seri Najib Razak yang digantikan dengan Tun Dr. Mahathir pada PRU-14.”.

“Yang kedua, melalui kehilangan sokongan daripada ahli Parlimen seperti yang berlaku terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin. Akhirnya, beliau menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Dato’ Sri Ismail Sabri. Namun, ada satu lagi situasi yang tidak pernah berlaku dalam politik negara kita iaitu usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri”.

“Usul ini tidak pernah dibawa ke Parlimen namun saya yakin suatu hari nanti Anwar Ibrahim akan jatuh daripada jawatannya hasil daripada usul undi tidak percaya ini”, tegas beliau.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Peer-To-Peer Intervention’ Perlu Dijadikan Budaya Kerja Di Malaysia

Next Post

Pengampunan Diraja: Adakah Negara Ke Arah Budaya Baru Impuniti?

Related Posts